Demikian kenyataan dikeluarkan pelumba Red Bull KTM, Pol Espargaro, selepas ujian pra-musim di Litar Antarabangsa Sepang berakhir hujung minggu lalu. Bagi yang skeptikal, kenyataan itu mungkin agak tak masuk akal, meletakkan KTM dan Ducati dalam satu ayat umpama satu dosa besar. Bagaimanapun, bagi yang menjadi saksi di SIC sepanjang ujian pra-musim, Espargaro berjaya merekodkan aksi…
Category: motogp
Pelumba Ducati, Danilo Petrucci akur bergelut untuk menyaingi kelajuan yang dipamerkan pelumba lain. Ujian pra-musim di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berakhir semalam dengan pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo mendominasi catatan masa terbaik bagi ketiga-tiga hari. Petrucci menamatkan hari terakhir ujian pra-musim di kedudukan keenam sementara pelumba satelit Pramac Ducati, Francesco Bagnaia,…
Ujian pra-musim Winter Test di Litar Antarabangsa Sepang berakhir hari ini dengan Fabio Quartararo meneruskan kecemerlangan untuk tiga hari berturut-turut. Pelumba pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) itu merekodkan masa terpantas hari ini dengan 1 minit 58.349 saat. Catatan itu juga yang terpantas direkodkan Quartararo berbanding hari pertama dan kedua. Cal Crutchlow (LCR Honda)…
Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo sekali lagi melakar masa terpantas di hari kedua ujian pra-musim di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini. Ini merupakan kali pertama Quartararo beraksi dengan jentera spesifikasi Factory YZR-M1. Pelumba Perancis itu pada awalnya menghabiskan kebanyakan masa di kedudukan bawah sebelum melonjak naik dengan catatan masa 1…
Pelumba Avintia Ducati, Johann Zarco mengakui jangkaannya meleset apabila menyangka mampu merekodkan catatan masa lebih pantas ketika ujian pra-musim di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), semalam. SIC merupakan platform sulung Zarco dalam menguji jentera Avintia selepas tidak terlibat dalam aksi ujian di Valencia dan Jerez, November lalu. Zarco mendakwa senario dilepaskan KTM lebih awal di samping…
Hari pertama ujian pra-musim ‘Winter Test’ MotoGP berakhir dengan Fabio Quartararo mengungguli catatan masa terpantas di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini. Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) itu merekodkan masa terpantas bagi hari pertama dengan catatan masa 1 minit 58.985 saat. Sementara rakan sepasukan, Franco Morbidelli kedua, 0.051 saat dibelakang. Menariknya, Quartararo melakukan catatan…
Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli bersama-sama pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) mendedahkan livery baharu bagi musim 2020, semalam. Bagaimanapun, rata-rata telah pun mula membayangkan pelumba muda Perancis itu mengenakan racing suit dan jentera Factory Yamaha tahun depan. Quartararo disahkan menjadi gandingan baharu Maverick Vinales di Yamaha bermula 2021 sekaligus menggantikan Valentino Rossi. Namun,…
Alex Rins dan Joan Mir bersama-sama Suzuki Ecstar melancarkan livery dan jentera baharu bagi menghadapi saingan MotoGP musim 2020 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini. Rins dan Mir bakal turun untuk ujian pra-musim bersama GSX-RR 2020 di SIC esok hingga Ahad ini. Jentera GSX-RR kini ditampilkan dengan gabungan warna biru dan perak yang diinspirasikan…
Masa depan Andrea Iannone di MotoGP masih lagi tergantung tatkala Mahkamah Disiplin Antarabangsa FIM masih belum membuat keputusan melibatkan kes gagal ujian doping pelumba terbabit. Iannone didapati positif penggunaan bahan terlarang ketika ujian doping rambang yang dijalankan terhadapnya di GP Malaysia tahun lalu. Meskipun menyifatkan keputusan itu mengejutkan, ujian sample B pelumba terbabit turut didapati…