MotoGP: Petrucci Akui Ducati Bergelut Ketika Ujian Pra-Musim

Advertisements
Danilo Petrucci

Pelumba Ducati, Danilo Petrucci akur bergelut untuk menyaingi kelajuan yang dipamerkan pelumba lain.

Ujian pra-musim di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berakhir semalam dengan pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo mendominasi catatan masa terbaik bagi ketiga-tiga hari.

Petrucci menamatkan hari terakhir ujian pra-musim di kedudukan keenam sementara pelumba satelit Pramac Ducati, Francesco Bagnaia, mencatat keputusan yang lebih baik untuk menduduki kedudukan keempat dengan 1 minit 58.502 saat.

Andrea Dovizioso

Rakan sepasukan, Andrea Dovizioso turut gagal melakar catatan masa 10 terbaik apabila sekadar menduduki tempat ke-12 dengan masa 1 minit 58.859.

Bagaimanapun, kedua-dua wakil Ducati itu bergelut untuk mengekalkan catatan masa bawah 1 minit 59 saat lebih daripada 10 lap sementara Maverick Vinales (Yamaha), Marc Marquez (Honda), Alex Rins (Suzuki) termasuk Espargaro (KTM) berjaya merekodkan catatan masa yang lebih konsisten.

Pol Espargaro

“Fokus Maverick (Vinales) dan Marc (Marquez) mungkin berbeza dan saya berasakan mereka pelumba yang laju, (Aleix) Espargaro turut pamer tunggangan yang pantas termasuklah Rins dan Quartararo.

“Mereka berjaya mengekalkan catatan masa bawah 1’59s lebih daripada 10 lap dan kami bergelut untuk menyamai catatan ini,” jelasnya kepada motorsport.com.

Ujian pra-musim kedua akan diteruskan di Litar Losail, Qatar sebelum aksi pembukaan tirai bermula di litar sama pada 8 Mac ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.