Franco Morbidelli gembira berjaya memperolehi tempat yang ke-lima dalam pusingan MotoGP “Red Bull Grand Prix of the Americas”. Teman sepasukannya dan penunggang rookie, Fabio Quartararo menamatkan perlumbaan tersebut di tempat yang ke-tujuh. Ini adalah satu keputusan yang amat memberangsangkan buat pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team.
Category: MotoGP 2019
Johann Zarco telah mengatakan bahawa dia kepenatan akibat bergelut dengan jenteranya sewaktu pusingan MotoGP Argentina. Dia tidak mampu mengemudi jentera KTM RC16 mengikut cara yang diinginkannya. Zarco telah menamatkan perlumbaan di tempat ke-15, manakala Hafizh Syahrin pula di tempat yang ke-16.
Ketua pasukan Red Bull KTM Tech 3, Herve Poncharal mengakui yang dia berasa “berang” dengan Hafizh Syahrin. Dia telah berkongsi perasaannya itu sewaktu pusingan MotoGP Argentina. Hafizh Syahrin mensasarkan untuk mendapat keputusan yang lebih baik dari teman sepasukan baharunya, Miguel Oliveira pada tahun ini.
Sesi FP2 bagi pusingan MotoGP Argentina 2019 telah menyaksikan 21 orang penunggang hanya dipisahkan dengan jarak masa satu saat. Andrea Dovizioso muncul terpantas dalam sesi ini. Jorge Lorenzo pula di tempat ke-21 dengan jarak masa 0.978 saat di belakang.
Gigi Dall”Igna dan Ducati telah mengadakan satu sidang akhbar bagi memberikan penjelasan mengenai winglet lengan ayun sebelum bermulanya hujung minggu MotoGP Argentina. Data mendedahkan yang alat tersebut menyejukkan tayar belakang dengan purata 7º dan memberikan daya ‘downforce’ yang boleh diabaikan serendah 300 gram. Dall’Igna turut menyatakan yang Ducati mendapat ilham dari penempias air buatan Yamaha.
Mahkamah Rayuan MotoGP telah memutuskan yang winglet lengan ayun Ducati tidak menyalahi peraturan. Ianya berikutan dengan bantahan yang dikemukakan oleh empat pengeluar selepas perlumbaan MotoGP Qatar. Keputusan ini bermakna yang Andrea Dovizioso mengekalkan kemenangan, mata, dan kedudukannya dalam anak tangga kejohanan.
Isu berkenaan dengan kelengkapan aerodinamik dalam MotoGP bertambah hangat apabila Ducati memberi amaran akan mengusulkan bantahan terhadap winglet Honda. Menurut Ducati, winglet Honda mendatangkan bahaya atas beberapa sebab. Isu ini timbul kerana penglibatan Honda dalam bantahan penggunaan winglet Ducati pada lengan ayun jentera GP19 di Qatar.
Empat buah pengeluar telah mengeluarkan bantahan terhadap Ducati kerana menggunakan ‘winglet’ tayar belakang sewaktu pusingan MotoGP Qatar. Mereka berpendapat bahawa ianya menghasilkan ‘downforce’ untuk roda belakang. Ducati tetap bertegas bahawa yang ianya adalah untuk menyejukkan tayar.
Bagi yang mengikuti perkembangan MotoGP yang bakal membuka tirai 10 Mac ini di Litar Losail, Qatar, pastinya ramai yang tertanya-tanya (kalau tak tanya pun boleh baca bagi tambah ilmu) apa sebenarya Long Lap Penalty (LLP) yang disebut-sebut bakal mewarnai saingan musim ini? LLP merupakan sistem baharu yang akan diguna pakai musim ini dimana pelumba harus…