Pusingan MotoGP Thailand yang diadakan julung kalinya pada tahun ini telah dipilih sebagai pusingan terbaik bagi musim 2018. Lebih daripada 220,000 orang penonton telah menghadiri pusingan tersebut dalam tempoh tiga hari. Undian telah dibuat oleh Suruhanjaya Grand Prix.
Category: MotoGP 2018
Telah berlaku begitu banyak kemalangan dalam setiap hujung minggu perlumbaan dalam musim 2018. Marc Marquez ternyata penunggang yang paling kerap terbabas dalam kelas perlumbaan MotoGP. Namun, yang paling kerap terbabas dalam ketiga-tiga kelas perlumbaan adalah Stefano Manzi.
Pusingan Shell Malaysia MotoGP tahun ini di Sepang telah diangkat ke satu tahap baharu atas jasa Shell Malaysia. Kesuluruhan B Hillstand telah diambil alih dan ditukar menjadi Shell Hillstand di mana para peminat boleh menikmati perlumbaan dan pelbagai aktiviti lain. Mereka juga turut menganjurkan Kempen Penyelenggaraan Shell Advance Ride Thru di mana ratusan penunggang motosikal…
Ducati Malaysia telah mempersembahkan kepada para peminat Ducati pengalaman MotoGP 2018 muktamad sewaktu pusingan GP Malaysia yang berlangsung baru-baru ini di Sepang pada hujung minggu lalu. Satu sesi bertemu peminat yang istimewa bersama dengan para penunggang Ducati, Jorge Lorenzo dan Andrea Dovizioso, telah dianjurkan di tapak Ducati. Lebih daripada 100 orang pemilik Ducati telah menyertai…
Alex Rins dan Suzuki merupakan yang terpantas selepas FP2 pada hari Jumaat. Keputusan yang memberangsangkan ini telah diperolehi mereka walaupun jentera Rins telah mengalami kebakaran di lorong pit semalam. Kedua-dua sesi FP1 dan FP2 berlangsung dalam keadaan cuaca kering.
Alvaro Bautista berjaya mendapat tempat ke-empat sewaktu pusingan GP Australia pada hujung minggu yang lalu. Keputusan perlumbaan ini menunjukkan adanya jurang yang besar di antara jentera perlumbaan pasukan pengilang dan pasukan satelit. Dorna perlu menghentikan sistem ‘bertingkat’ bagi membolehkan ke semua pelumba berbakat bersaing secara adil.
Shell Malaysia telah menganjurkan satu sesi bertemu peminat yang amat istimewa bersama dengan penunggang pasukan pengilang Ducati MotoGP, Jorge Lorenzo. Para peminat penunggang berkenaan telah berkumpul di Pavilion, Kuala Lumpur. Acara ini diadakan bersempena dengan pusingan MotoGP Malaysia 2018 yang akan berlangsung pada hujung minggu ini (2-4 November 2018).
Kereta Keselamatan MotoGP BMW M5 akan membuat kemunculan istimewa di Bangsar Village II pada 31 Oktober pada jam 12 tengah hari. Kereta Keselamatan MotoGP BMW M5 akan membuat kemunculan bersama dengan BMW M5, BMW 530i M Sport, BMW S 1000 RR, serta Motosikal Keselamatan BMW S 1000 RR. Turut diadakan adalah satu sesi bertemu peminat…
Maverick Viñales (Movistar Yamaha MotoGP) akhirnya telah menamatkan kemarau terpanjang Yamaha dengan satu kemenangan penuh bergaya di Phillip Island. Penunggang kelahiran Sepanyol itu mengemudi jentera Yamaha M1 yang telah ditala dengan sempurna itu bagi menangkis serangan penunggang seperti Andrea Iannone (Suzuki Ecstar) dan juga Andrea Dovizioso (Ducati Team). Alvaro mengejutkan semua apabila dia menamatkan perlumbaan…