Ducati Malaysia Persembahkan Pengalaman MotoGP 2018 Muktamad

  • Ducati Malaysia telah mempersembahkan kepada para peminat Ducati pengalaman MotoGP 2018 muktamad sewaktu pusingan GP Malaysia yang berlangsung baru-baru ini di Sepang pada hujung minggu lalu.
  • Satu sesi bertemu peminat yang istimewa bersama dengan para penunggang Ducati, Jorge Lorenzo dan Andrea Dovizioso, telah dianjurkan di tapak Ducati.
  • Lebih daripada 100 orang pemilik Ducati telah menyertai konvoi tahunan ke SIC di mana mereka menyaksikan detik bersejarah seperti penabalan juara dunia Moto3 dan Moto2.

Pada hujung minggu yang lalu, telah berlangsungnya pusingan perlumbaan Shell Malaysia MotoGP 2018 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang ikonik, di mana para peminat telah menyaksikan beberapa buah detik yang bersejarah. Ducati Malaysia telah mengambil bahagian dalam peristiwa yang bersejarah ini dengan mempersembahkan buat para pemilik dan peminat Ducati, dan juga bagi para jemputan khas, pengalaman MotoGP 2018 paling muktamad.

Pertama sekali, beberapa orang insan bertuah yang berjaya memenangi tiket Grandstand untuk menyaksikan perlumbaan ini atas sumbangan Ducati Malaysia melalui pertandingan ‘Ride and Win’ mereka, berasa cukup seronok menikmati seluruh hujung minggu perlumbaan ini. Apa yang lebih menakjubkan adalah Ducati Malaysia telah menganjurkan satu sesi bertemu peminat yang cukup istimewa pada hari Jumaat bersama dengan para penunggang pasukan pengilang Ducati, Andrea Dovizioso dan Jorge Lorenzo, di tapak gerai gergasi mereka yang terletak di kawasan Mall Area SIC.

Para peminat telah disambut oleh kedua-dua orang penunggang berkenaan dan mereka telah mengambil peluang ini untuk bergambar bersama serta mendapatkan tandatangan penunggang-penunggang bertaraf dunia tersebut. Kedua-dua Lorenzo dan Dovizioso juga telah menyampaikan trofi pemenang kepada para pemenang TOC Desmo Cup 2018 yang telah bertanding, bersempena dengan siri perlumbaan Pirelli Malaysia Superbike Championship (MSC) yang telah diadakan sepanjang tahun.

Rebat hebat untuk barangan rasmi Ducati juga merupakan sebahagian daripada kemeriahan ini, di mana para penggemar MotoGP menunjukkan sokongan mereka dengan mengenakan pakaian rasmi pasukan dan juga penunggang kegemaran mereka. Jualan ini telah diadakan sepanjang minggu dan menjelang hari Ahad, pengalaman MotoGP ini akhirnya telah memuncak dengan ke semua perlumbaan yang amat mengujakan.

Pada hari Ahad, lebih daripada 100 orang pemilik Ducati telah berhimpun di Ducati Petaling Jaya sebagai sebahagian daripada penunggangan tahunan mereka bagi menyaksikan perlumbaan MotoGP di Sepang. Para pemilik pelbagai jentera Ducati yang berbeza dan menakjubkan telah berkumpul sebelum bertolak menuju ke SIC di mana mereka telah menerima layanan dan tempat parkir istimewa di Shell Hillstand yang menghadap Selekoh 13 dan 14 yang cukup terkemuka dan juga ‘back straight’.

Beberapa buah detik yang bersejarah juga telah disaksikan oleh para peminat pada hari tersebut, di mana juara bagi kelas Moto3 dan Moto2 telah ditabalkan. Jorge Martin (Del Conca Gresini Moto3) telah berjaya merangkul kejohanan dunia Moto3 2018, manakala Francesco Bagnaia (SKY Racing Team VR46) telah dinobatkan sebagai juara dunia Moto2. Bagnaia bakal menyertai pasukan Pramac Ducati MotoGP pada tahun 2019 bersama dengan teman sepasukan baharunya, Jack Miller.

Juara Dunia Moto2 2018, Francesco Bagnaia (Sumber imej: MotoGP)

Dengan Andrea Dovizioso dan teman sepasukannya yang baharu, Danilo Petrucci, pasukan Ducati berazam untuk mendominasi sepenuhnya kelas premier pada tahun hadapan bersama dengan jentera Ducati Desmosedici GP19 mereka beserta dengan barisan penunggang yang telah dikemaskini. Dan sudah pasti Ducati Malaysia akan berada di sana sekali lagi pada tahun 2019 bagi membawakan anda pengalaman MotoGP muktamad. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, layarilah laman Facebook Ducati Malaysia atau laman Instagram mereka.

Ducati Panigale V4 R 2019 Buat Kemunculan Pertama Di World Ducati Premiére 2019!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.