Shell Malaysia Bawa Jorge Lorenzo Bertemu Peminat!

  • Shell Malaysia telah menganjurkan satu sesi bertemu peminat yang amat istimewa bersama dengan penunggang pasukan pengilang Ducati MotoGP, Jorge Lorenzo.
  • Para peminat penunggang berkenaan telah berkumpul di Pavilion, Kuala Lumpur.
  • Acara ini diadakan bersempena dengan pusingan MotoGP Malaysia 2018 yang akan berlangsung pada hujung minggu ini (2-4 November 2018).

 

Bersempena dengan Kejohanan Dunia MotoGP 2018 yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada hujung minggu ini, Shell Malaysia telah menganjurkan satu sesi bertemu peminat yang cukup istimewa yang membawa penunggang bagi pasukan pengilang Ducati, Jorge Lorenzo, bertemu dengan peminat tegarnya. Acara ini telah diadakan di Fountain Cafe, Pavilion, Kuala Lumpur.

Para penggemar sukan permotoran beserta peminat juara dunia lima kali berkenaan berpeluang untuk bersemuka dengan hero mereka itu bersama dengan Pengarah Sukan Ducati Corse & Pengarah Projek MotoGP, Paolo Ciabatti. Ahli kumpulan Desmo Owners Club Malaysia (DOCM) turut menghadiri acara ini bagi memeriahkan lagi acara.

Para peminat setianya di Malaysia berpeluang untuk mendapatkan tandatangan dan bergambar dengan Jorge Lorenzo dan lebih utama lagi, memberikan semangat buat Jorge bagi membolehkannya mendapatkan keputusan yang positif pada hujung minggu ini bagi pusingan Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix di Sepang setelah berehat selama dua pusingan perlumbaan bagi memulihkan kecederaannya.

Bersempena dengan pusingan MotoGP Malaysia 2018, Shell Malaysia juga turut menganjurkan kempen penyelenggaraan Shell Advance Ride Thru sepanjang hujung minggu ini. Dengan setiap pembelian minyak pelincir Shell Advance, para penunggang motosikal akan menerima perkhidmatan pertukaran minyak percuma dan tempat parkir percuma! Mereka juga bakal memperkenalkan pam minyak Shell bergerak yang pertama seadanya buat para pelawat bagi mengisi semula jentera kesayangan mereka dengan minyak Shell V-Power Racing yang menakjubkan.

Bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila layari www.shell.com.my/motorists/motorsports/motogp.html.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply