Semua helmet pelumba perlu mematuhi standard yang ditetapkan FIM. Helmet yang mendapat piawaian akan menerima sebuah label dengan hologram dan label QR. Badan peraturan tersebut berharap yang helmet-helmet berkenaan akan disediakan buat orang ramai bagi meningkatkan keselamatan.
Category: Moto3
Terdapat banyak perubahan yang telah disenaraikan bagi MotoGP musim 2019. Antara perubahan tersebut adalah dari segi penunggang, sesi kelayakan, dan juga aspek teknikal. Perubahan-perubahan ini dijangka akan menjadikannya satu lagi musim yang mengujakan.
Romano Fenati akan bertanding pada tahun 2019 dalam kategori Moto3. Pasukannya sebelum ini, Marinelli Snipers Team telah menandatangani kontrak bersamanya semula. Fenati telah menimbulkan kekecohan apabila dia telah mencengkam tuil brek hadapan pesaingnya sewaktu pusingan MotoGP San Marino 2018.
Albert Arenas (Angel Nieto Team Moto3) berjaya merangkul kemenangan yang cukup memberangsangkan dalam kelas Moto3 di Phillip Island. Fabio di Giannantonio (Del Conca Gresini Moto3) dan Celestino Vietti (Sky Racing Team VR46) melengkapkan kedudukan atas podium. Jorge Martin (Del Conca Gresini Moto3) menjarakkan lagi jurang mata kejohanan setelah Marco Bezzecchi (Redox PruestelGP) sekali lagi gagal…
Perlumbaan Moto3 GP San Marino merupakan sebuah perlumbaan yang penuh dengan drama. Lorenzo Dalla Porta telah berjaya memenangi perlumbaan tersebut setelah pertarungan lima penjuru yang mendebarkan. Marco Bezzechi terbabas dan mengembalikan semula takhta pendahulu kejohanan ke tangan Jorge Martin.
GP British 2018 telah dibatalkan akibat sistem saliran yang kurang memuaskan dan lapisan asfalt baharu di Litar Silverstone. Perlumbaan kelas Moto3 dan Moto2 yang sepatutnya berlangsung sejurus selepas perlumbaan MotoGP juga terpaksa dibatalkan. Ini merupakan pembatalan perlumbaan pertama dalam 38 tahun.
Pasukan Petronas SIC MotoGP telah mengesahkan keseluruhan barisan penunggang mereka bagi musim 2019. Untuk kelas MotoGP, Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo akan mengemudi jentera Yamaha YZR-M1. Bagi kelas Moto2 dan Moto3 pula, Khairul Idham Pawi bersama dengan Ayumu Sasaki dan John McPhee akan membawa cabaran ke atas grid perlumbaan bagi musim 2019.