John McPhee Akan Menyertai Pasukan SIC Moto3?

  • Bekas penunggang bagi siri perlumbaan British Talent Cup, John McPhee dikatakan bakal menyertai pasukan SIC Moto3 Team pada tahun hadapan.
  • McPhee telah menarik perhatian ramai pada musim pertamanya.
  • Ianya bergantung pada sama ada Ayumu Sasaki atau Adam Norrodin akan berpindah ke pasukan SIC Moto2 Team.

Telah ada desas desus mengenai John McPhee menyertai pasukan SIC (Sepang International Circuit) Moto 3 Racing Team bagi musim 2019, walaupun penunggang dari Scotland itu masih lagi berdiam diri tentang masa hadapannya.

“Ianya tampak pasti yang saya akan terus berada dalam Moto3, walaupun ianya agak menyeronokkan mendapat beberapa tawaran daripada pasukan Moto2,” katanya pada Crash.net, “Harap-harapnya saya dapat kepastiannya dalam beberapa minggu yang akan datang, pasukan manakah yang akan saya sertai dan jentera manakah yang akan saya kemudi.”

Penunggang kelahiran Scotland itu telah mencuri tumpuan ramai dalam musim Moto3-nya yang pertama pada tahun lalu apabila dia sering kali muncul sebagai antara pencabar utama perlumbaan dan sering berada di kelompok 10 teratas. Dia telah memenangi perlumbaan pertamanya di Grand Prix Republik Czech 2017, beserta dengan sejumlah lima tempat di atas podium sepanjang kerjayanya, termasuklah di litar Sachsenring baru-baru ini.

Dia mendapat tempat ketujuh keseluruhan dalam musim pertamanya bersama dengan pasukan British Talent Cup tajaan Dorna, dan telah dipindahkan ke pasukan CIP Green Powerteam bagi musim 2018. Dia kemudiannya tiada tunggangan pada permulaan musim 2018 setelah projek itu ditamatkan.

Tempat dalam pasukan SIC Moto3 kini sedang diisi oleh juara Asia Talent Cup, Ayumu Sasaki, dan penunggang negara, Adam Norrodin. Tidak syak lagi yang mereka ingin berpindah ke pasukan SIC Moto2, yang dianggotai oleh Niki Tuuli sebagai penunggang tunggal. SIC mungkin sekali akan menjadikan pasukan itu sebuah pasukan dua jentera dan penunggang bagi musim 2019.

Penunggang Moto2 BARU Pasukan SIC Racing Team, Niki Tuuli!

Selain itu, SIC juga akan mengendalikan pasukan MotoGP pada musim hadapan. Barisan penunggangnya masih belum diumumkan, dan mereka bakal menbuat pengumuman rasmi tersebut di pusingan Silverstone nanti.

SIC, Angel Nieto Team, Dan Yamaha Bergabung Tenaga Membentuk Pasukan Untuk MotoGP Musim 2019!

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.