Jualan Ducati Sedunia Merosot 7.4% Dalam Separuh Pertama 2018

  • Ducati Motor Holdings adalah syarikat terbaru yang melaporkan penurunan penjualan.
  • Ianya sewaktu suku kedua 2018 yang telah menyaksikan kemerosotan yang lebih banyak dalam separuh pertama tahun 2018.
  • Ducati adalah salah sebuah pengeluar yang telah menyaksikan penurunan dalam pasaran motosikal dunia yang sensitif.

Sewaktu para penganalisa mengatakan yang pasaran motosikal dunia ini ‘sensitif’, mereka bukan sekadar beromong kosong. Ducati Motor Holdings adalah syarikat terkini yang telah mengumumkan penurunan jualan sebanyak 7.4% dalam separuh pertama 2018, berbanding tempoh masa yang sama pada tahun lalu.

Jumlah keseluruhan jualan mereka adalah sebanyak 32,250 buah motosikal, mewakili €448 juta keuntungan bagi jenama motosikal milik Audi tersebut.

Apabila dianalisis dengan lebih teliti, hasil jualan suku kedua Ducati telah merosot sebanyak 8.9%, berbanding suku kedua tahun 2017, yang bermakna mereka telah menjual sebanyak 20,319 unit berbanding 22,300 unit pada suku yang sama tahun tahun lalu.

Jualan di kseluruhan segmen juga turut terjejas kecuali bagi kategori motosikal lumba pengeluar tersebut, yang meliputi rangkaian model Supersport dan superbike. Kategori motosikal lumba inilah yang telah memastikan prestasi mereka dalam keadaan yang agak baik, walaupun dengan penurunan jualan bagi model-model yang lain, dengan peningkatan sebanyak 29%, yang boleh diterjemahkan sebagai 7,683 buah unit yang dijual dalam separuh pertama tahun ini.

Laporan tersebut menamakan Panigale V4 sebagai pemacu utama jualannya. Ini membuktikan yang pasaran motosikal lumba masih lagi berkembang pesat. Pengeluar tersebut juga menegaskan yang model Multistrada 1260 telah mendapat sambutan hangat.

Hebat sangat ke Ducati Panigale V4 ni?

Ducati bagaimana pun tidak mendedahkan prestasi mereka dalam satu-satu pasaran. Tetapi, kami sudah sedia maklum yang pasaran motosikal Itali sedang berkembang pesat kebelakangan ini, meningkatkan jualan bukan sahaja bagi Ducati, malah untuk BMW juga, seperti mana yang telah kami laporkan sebelum ini.

Jualan Q2 BMW Motorrad Menurun

Adakah tahun 2018 ini akan menandakan berakhirnya peningkatan lapan tahun berturut-turut Ducati? Malah, peningkatan Ducati pada tahun 2017 adalah minima sahaja. Dan diingatkan bahawa kemerosotan jualan motosikal semasa ini telah menjejaskan ke semua pengeluar motosikal. Pada pendapat kami, kemerosotan yang berlaku di seluruh industri ini menunjukkan yang ianya bukan kerana sesuatu jenama itu jauh lebih popular dari jenama yang lain.

Ducati Menjual Lebih Daripada 55,800 buah Motosikal Di Seluruh Dunia Bagi Tahun 2017

Dan satu lagi perkara menarik yang mungkin timbul dari berita ini adalah tindak balas VW Group terhadap perkembangan ini (yang kami rasa mereka tidak akan menyahlabur jenama Ducati buat masa ini).

VW Membayangkan Yang Mereka Akan Menjual Ducati (Sekali Lagi)?

Ianya pasti menarik sekali bagi menantikan laporan para pengeluar Eropah yang lain seperti KTM dan Triumph, di mana mereka telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan sejak beberapa tahun ini. Triumph, sebagai contohnya, telah menunjukkan perkembangan pesat dari tahun ke tahun.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]