Ducati Menjual Lebih Daripada 55,800 buah Motosikal Di Seluruh Dunia Bagi Tahun 2017

  • Ducati telah menjual lebih daripada 55,800 motosikal di seluruh dunia pada tahun 2017 (55,871 secara keseluruhannya) yang mana ianya merupakan peningkatan kecil dari 55,451 pada tahun 2016.
  • Pengeluar dari Itali tersebut meneruskan trend peningkatan jualan positifnya bagi lapan tahun yang lalu.
  • Ducati telah merancang untuk terus meningkatkan lagi margin jualannya mereka pada tahun ini dengan model 2018 mereka yang mana di antaranya merupakan motosikal yang dinanti-nantikan, Ducati Panigale V4.

Sumber imej: MotoGP

Ducati dengan bangganya menyampaikan berita baik di mana mereka berjaya menjual sejumlah 55,871 motosikal kepada pelanggan mereka di seluruh dunia. Di mana kebanyakan pengeluar telah melaporkan penurunan kecil dalam margin jualan mereka, Ducati telah melihat sedikit peningkatan pada jumlah jualan berbanding tahun 2016 di mana mereka mereka telah menjual 55,461 unit.

Walaupun ianya hanya peningkatan kecil sebanyak 410 unit, namun memandangkan status ekonomi semasa yang senantiasa naik turun, sebarang peningkatan margin jualan dialu-alukan oleh mana-mana pengeluar pada waktu ini. Ia juga telah menunjukkan bahawa jenama ini telah menyaksikan menyaksikan nombor-nombor positif bagi lapan tahun yang lalu, dan ianya atas sebab beberapa buah model yang menakjubkan seperti Ducati 959 Panigale.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut pengalaman peribadi Ketua Editor kami, Keshy Dhillon, dengan jentera Ducati 959 Panigale, tekan pautan yang ada di bawah ini untuk membaca mengenai acara Ducati Riding Experience (DRE) yang telah dianjurkan di Litar Antarabangsa Sepang pada tahun lalu.

Ducati 959 Panigale Tested During The Ducati Riding Experience At Sepang Circuit!

Ketua Pegawai Eksekutif Ducati Motor Holding, Claudio Domencali meluahkan kegembiraannya apabila ditanya mengenai sejauh mana Ducati memperbaiki diri dalam aspek komersial dan juga perlumbaan. Dia menyatakan yang “Kami bersaing dengan sengit untuk kejuaraan MotoGP sehingalah ke pusingan terakhir perlumbaan, memenangi enam perlumbaan GP dan telah berjaya mencatatkan keputusan terbaik sejak tahun 2009. Pembaharuan berterusan pada rangkaian produk dan fokus penuh dalam penciptaan motosikal dengan kualiti yang terbaik telah membolehkan kami untuk terus berkembang walaupun dengan cabaran yang telah memberi kesan pada pasaran dunia.”

Sumber imej: MotoGP

Setiap model Ducati tahun 2017 telah memainkan peranan masing-masing di dalam menzahirkan jumlah jualannya, terutamanya model Multistrada 950. Jumlah jualannya itu diikuti rapat oleh siri motosikal naked mereka, Monster, diikuti dengan kategor SuperSport mereka yang terdiri daripada motosikal 959 Panigale dan juga 1299 Superleggera, di mana 500 unit telah pun terjual sebelum peringkat pengeluarannya bermula.

Jumlah yang paling menakjubkan datang dari rangkaian Scrambler mereka dan bagi edisi 2017 mereka, iaitu Desert Sled serta Cafe Racer. Sejumlah 14,061 Scramblers telah terjual pada tahun lalu di mana ianya bertanggungjawab bagi 25% jumlah jualan keseluruhan tahun 2017.

Pengeluar Itali tersebut mempunyai harapan yang tinggi bagi tahun 2018 di mana beberapa buah model yang telah dinanti-nantikan telah disasarkan untuk menghangatkan lagi pasaran. Bersama dengan keyakinan yang serba baru diterapkan dalam divisyen perlumbaan mereka atas jasa pasukan Ducati MotoGP yang terdiri daripada Andrea Dovizioso dan Jorge Lorenzo, mereka telah menetapkan sasaran mereka di tahap yang paling tinggi sekali.

Sumber imej: MotoGP

Leave a Reply