Benelli Membangunkan Kilang Motosikal di India

  • India telah menjadi pasaran motosikal terbesar, mengatasi China pada tahun 2017.
  • Sejumlah 17.7 juta motosikal telah terjual pada tahun lalu.
  • Benelli telah menjadi pengeluar terkini yang membuka kilang negara tersebut.

Jenama Itali milik China, Benelli, bakal menjadi pengeluar terkini yang akan membina sebuah kilang motosikal di India. India kini merupakan pasaran motosikal terbesar di dunia.

Benelli akan mendirikan kilang mereka berdekatan dengan Hyderabad dan juga telah menandatangani perjanjian dengan Adishwar Auto Ride India-Mahavir Group bagi memasarkan motosikal keluaran Benelli di India. Menakjubkan sekali, kilang ini akan mula beroperasi bermula bulan Oktober 2018, menghasilkan motosikal bagi pasaran India pada awalnya.

Benelli Leoncino 500

Pengilangan motosikal dalam negara untuk kegunaan domestik adalah satu cara untuk mengelakkan cukai yang membebankan. Ianya satu tindakan yang bijak bagi mengurangkan kos para pengeluar.

India dengan pasarannya yang besar itu, telah menjadi tumpuan para pengeluar motosikal, sama ada untuk memasarkan mahu pun mengilangkan motosikal mereka. Pada tahun 2017 sahaja, sejumlah 17.7 juta buah motosikal dan skuter telah dijual. Bahagikan jumlah tersebut dengan 365 hari dan anda dapat jumlah 48,000 unit yang dijual sehari!

KTM Motorrad AG adalah antara yang pertama bekerjasama dengan syarikat motosikal India, iaitu Bajaj Auto, dalam pengilangan motosikal berkapasiti kecil untuk rantau Asia sebelum mengeskportnya ke seluruh dunia.

KTM 200 Duke 2018

Pengeluar lain, antaranya adalah Harley-Davidson, yang mengilangkan rangkaian Street mereka di negara berkenaan; BMW yang telah bekerjasama dengan TVS bagi mengilangkan rangkaian G 310; “Big Four” Jepun; Triumph Motorcycles yang telah menandatangan memorandum persefahaman dengan Bajaj Auto; dan Polaris yang telah mengumumkan bahawa mereka akan memasang motosikal dan ATV India.

Antara syarikat motosikal yang terbesar di India adalah Hero MotoCorp, Bajaj Auto Ltd., dan Eicher, yang pada waktu ini merupakan pemilik jenama Royal Enfield. Sewaktu timbul khabar angin yang Ducati akan dijual pada tahun lalu, Eicher telah membuat bidaan berjumlah €1.8 billion.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.