Dominasi Alvaro Bautista dan jentera Ducati V4 R dalam kejohanan WorldSBK sudah pasti membakar semangat Kawasaki. Ianya disemarakkan lag dengan penggunaan teknologi MotoGP dalam jentera Ducati V4 R. Mereka membayangkan bahawa mereka akan muncul dengan sebuah Kawasaki Ninja ZX-10RR yang baharu bagi musim 2020.
Category: Moto
Berita dan ulasan pandu uji Motosikal dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Kawasaki telah meningkatkan pegangan dalam Modenas sebanyak 30 peratus – dan mampu naik sehingga 48 peratus – sekaligus mencetuskan persoalan sama ada jenama motosikal nasional itu akan menghasilkan jentera baharu dengan sentuhan pengeluar Jepun? DRB-HICOM Berhad telah memeterai perjanjian dengan Kawasaki Heavy Industries Ltd (KHI) untuk menjual saham biasa 14,300,000 dalam Motosikal dan Enjin Nasional…
AJP Malaysia telah memperkenalkan model AJP PR5 250 dan PR7 600 Adventure 2019 untuk pasaran Malaysia. Tawaran terkini bagi segmen motosikal enduro di Malaysia ini berasal dari Portugal dan memiliki pengalaman yang luas dalam penunggangan dwi-sukan. Model PR5 250 didatangkan dalam 3 varian: Enduro, Extreme, dan Supermoto.
Pengeluar komponen selepas jualan dari Jepun, Kitaco, telah mengubahsuai sebuah motosikal Honda Monkey yang comel menjadi sebuah motosikal café racer. Ia kini tampak lebih gagah perkasa, namun pada masa yang sama, tidak hilang kecomelannya. Motosikal Honda Monkey adalah sebuah platform yang sesuai untuk pengubahsuaian.
Honda Malaysia terpaksa memanggil semula 9, 998 unit model Accord 2.0L 2003 hingga 2007 bagi menggantikan inflator beg udara Takata bahagian pemandu. Penggantian tersebut sekadar langkah pencegahan bagi memastikan tahap keselamatan pemandu diutamakan. Honda dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menggesa agar pemilik model terlibat melakukan penggantian secepat mungkin. Kos pertukaran adalah percuma dan akan ditanggung…
Motosikal lumba atau buatan khas yang diinspirasikan oleh motosikal flat-track amat tersendiri rupa bentuknya, dan ianya jelas dapat dilihat pada motosikal flat-tracker Triumph Bonneville Super Hooligan ini. Motosikal berkenaan telah diubahsuai untuk kategori perlumbaan Super Hooligan. Art Hartman, pelumba yang telah membina motosikal ini mendapati motosikal Bonnie ini lebih ringan dan lincah.
Rancangan realiti motosikal pertama di Malaysia, Pulsar Dareventure oleh Modenas akhirnya sampai ke penghujung dengan tiga pemenang diumumkan di The Garage KL, hari ini. Rancangan terbabit yang sebelum ini diadakan di Nepal, Sri Lanka dan Peru merupakan edisi pertama seumpamanya yang diadakan di Asia Tenggara. Majlis yang berlangsung menyaksikan Leong Choon Yip dari Puchong, dinobat…
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan baru-baru, ini telah melelong 65 buah kenderaan. Ia berjaya meraih sejumlah RM389,963. Bidaan tertinggi bagi sebuah motosikal adalah pada harga RM15,000, bagi sebuah model Yamaha YZF-R6.
Make The Future Live bakal mempertemukan wakil perniagaan, akademik, kerajaan, rakan kongsi, universiti dan pelajar sekolah menengah bagi sama-sama meneroka masa depan bidang mobiliti dan tenaga di Litar Antarabangsa Sepang dari 29 April hingga 2 Mei ini. Segalanya tertumpu pada Shell Eco-marathon Asia, yang akan menyambut ulang tahun ke-10 dalam mencabar minda anak muda dalam…