Kawasaki Ninja ZX-10RR Baharu Akan Muncul Pada Tahun 2020?

  • Dominasi Alvaro Bautista dan jentera Ducati V4 R dalam kejohanan WorldSBK sudah pasti membakar semangat Kawasaki.
  • Ianya disemarakkan lag dengan penggunaan teknologi MotoGP dalam jentera Ducati V4 R.
  • Mereka membayangkan bahawa mereka akan muncul dengan sebuah Kawasaki Ninja ZX-10RR yang baharu bagi musim 2020.

Bagi musim 2019 untuk kejohanan WorldSBK, Kawasaki kekal menggunakan jentera Kawasaki Ninja ZX-10RR. Ianya jentera yang telah membuktikan kehebatannya dengan memenangi empat kejuaraan dunia secara berturut-turut.

Namun, gabungan Alvaro Bautista dan jentera Ducati V4 R telah terbukti terlalu sukar untuk ditangani, mendominasi keseluruhan kejohanan berkenaan. Tamparan hebat ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja dan dengan itu, jentera ZX-10RR yang baharu sudah pasti sedang dibangunkan mereka untuk musim 2020.

Ianya tidak dapat dielakkan, seperti mana yang telah diterangkan oleh Jurutera Kanan Kawasaki Racing Team (KRT), Ichiro Yoda, untuk sebuah laman sesawang dari Jerman, Speedweek.

Kawasaki kurang berpuas hati dengan Ducati yang telah membina sejumlah model homologasi istimewa yang jauh berbeza daripada sebuah model V4 yang biasa. Bagi mereka, ianya bertentangan dengan semangat kejohanan WorldSBK, dan dengan itu, telah kekal dengan model Ninja ZX-10R yang telah dipertingkatkan, iaitu ZX-10RR.

Namun begitu, jika dikaji semula peraturan WorldSBK, kita akan mendapati yang ia sebenarnya menggalakkan langkah sebegini. Seebuah pengilang perlu membina 250 buah model homologasi istimewa dalam tahun pertama, diikuti dengan 250 buah lagi pada tahun berikutnya. Harga siling motosikal tersebut telah dihadkan pada tahap €40,000.

Persoalannya kini adalah sama ada Kawasaki ingin mengikuti langkah ini. Segmen motosikal superbike semakin mengecil namun masih ada ramai yang berminat dengannya. Di samping itu, Kawasaki adalah satu-satunya antara empat pengeluar utama dari Jepun yang tidak terlibat dengan MotoGP. Dan oleh kerana itu, mereka perlu mengambil tindakan melawan semula Ducati V4 dalam kejohanan WorldSBK, dan ini bermakna akan munculnya model ZX-10RR yang baharu.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.