Lebih 9,998 Honda Accord Dipanggil Semula

Honda Malaysia terpaksa memanggil semula 9, 998 unit model Accord 2.0L 2003 hingga 2007 bagi menggantikan inflator beg udara Takata bahagian pemandu.

Penggantian tersebut sekadar langkah pencegahan bagi memastikan tahap keselamatan pemandu diutamakan.

Honda dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menggesa agar pemilik model terlibat melakukan penggantian secepat mungkin. Kos pertukaran adalah percuma dan akan ditanggung sepenuhnya oleh Honda.

Bagaimanapun, Honda memberi jaminan bahawa model baharu sedia ada tidak terpalit dengan isu terbabit.

Sehingga hari ini, tiada sebarang kemalangan atau insiden yang berlaku disebabkan inflator beg udara dilaporkan di Malaysia.

Pemilik yang terkesan dengan isu ini akan menerima surat makluman daripada Honda Malaysia berserta maklumat terperinci mengenai penggantian ini.

Bagi memastikan kelancaran pertukaran alat ganti yang terlibat, Honda akan memastikan bahagian yang perlu diganti tersedia 100 peratus dalam masa terdekat.

Sehingga 21 April 2019, Honda Malaysia telah pun melaksanakan pertukaran lebih daripada 243, 720 unit inflator beg udara Takata.

Difahamkan, inflator beg sedia ada berkeupayaan untuk melepaskan tekanan yang lebih tinggi daripada yang sepatutnya sekaligus boleh membawa maut kepada pemandu dan penumpang.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply