Cub Prix: Fazrul Harapkan Tuah Di Batu Kawan

Pelumba pasukan AHM Motorsports Yamaha Racing, Ahmad Fazrul Sham, mengharapkan tuah menjelang saingan Cub Prix Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Pulau Pinang, hujung minggu ini. Fazrul menamatkan saingan di kedudukan kelima sementara rakan sepasukan, Md Shahzul Naim di tempat ke-11 di Jasin, Melaka, baru-baru ini. Bagaimanapun, Fazrul berazam untuk menaiki podium di Batu Kawan…

Mini Cub Prix KBS Dilancarkan Bagi Menyokong Pembangunan Sukan Perlumbaan Motosikal Di Peringkat Akar Umbi

Kejohanan Cub Prix Malaysia dengan secara rasminya telah melancarkan siri perlumbaan Mini Cub Prix KBS. Siri perlumbaan motosikal ‘pocket bike’ satu model ini adalah dengan kerjasama serta sokongan dari Kementerian Belia dan Sukan. Ianya bertujuan untuk membangunkan tahap perlumbaan motosikal di peringkat akar umbi dengan bakat muda berusia 6-12 tahun.

Malaysian Cub Prix: Pusingan Kedua Terakhir Di Pulau Pinang Dibatalkan Akibat Cuaca Buruk

  Pusingan ke-sembilan bagi PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix 2017 yang telah dijadualkan pada hari ini di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang terpaksa dibatalkan akibat cuaca buruk yang melampau. Hujan tanpa henti selama beberapa jam dan angin yang kuat telah melanda bahagian pulau dan tanah besar negeri itu yang telah menyebabkan ramai terkandas akibat air…

PETRONAS Bekerjasama Dengan SIC Untuk Membentuk Pasukan PETRONAS Sprinta Racing

PETRONAS dan Litar Antarabangsa Sepang (Sepang International Circuit – SIC) telah berganding bahu untuk menunbuhkan pasukan PETRONAS Sprinta Racing bagi membangunkan lagi masa depan sukan permotoran dua roda di rantau ini. PETRONAS Talent Development Programme (TDP) dan SIC Talent Development Programme (SICTD) telah bekerjasama bagi membantu dalam usaha berterusan untuk memupuk bakat muda. SIC akan…

Malaysian Cub Prix Kasma Daniel Meraih Kemenangan Ke-Empat Sebelum Membuat Kemunculan Sulung Wildcard Dalam Kategori 600cc

  Pusingan 6 bagi Petronas AAM Malaysian Cub Prix 2017 menjadi milik Kasma Daniel Kasmayudin yang menjadikannya kemenangan ke-empat dalam musim ini. Kemenangan ini pasti akan menjadi pembakar semangat buatnya yang akan membuat kemunculan buat kali pertamanya dalam kategori 600cc Supersports sebagai peserta ‘wildcard’ bagi perlumbaan Idemitsu Asia Road Racing Championship (ARRC) di Indonesia pada…

Cub Prix: Pusingan 6 Akan Memperkenalkan Kategori Perlumbaan Baru – Yamaha NVX Challenge!

Pusingan ke-enam bagi Petronas AAM Malaysian Cub Prix akan menyaksikan penambahan satu lagi kategori perlumbaan dalam siri berkenaan iaitu Yamaha NVX Challenge. 20 orang pelumba muda baru akan bersaing untuk baki musim Cub Prix ini di atas jentera yang baru dilancarkan skuter Yamaha NVX 155cc 2017. Pusingan pertamanya akan diadakan pada hujung minggu ini di…

Yamaha NVX 2017 Dilancarkan! RM10,500 (Harga Asas Dengan GST)

  Hong Leong Yamaha Motors (HLYM) Malaysia telah melancarkan motosikal Yamaha NVX 2017 untuk pasaran Malaysia. Motosikal Yamaha NVX ini didatangkan dengan beberapa spesifikasi futuristik seperti panel meter LED sepenuhnya, sistem mulaan dan hentian, kefungsian Kunci Pintar, dan juga palam pengecas untuk peranti mudah alih. Motosikal NVX serba baru yang berstatus EEV (Kenderaan Cekap Tenaga)…

MotoWorld Memulakan Tabung Derma Buat Norizman Ismail

  MotoWorld Malaysia akan menjalankan satu inisiatif bagi bulan Ramadan ini untuk Allahyarham Norizman Ismail, penunggang Malaysian Cub Prix yang telah terkorban. Sebahagian daripada pendapatan jualan keseluruhan dari sekarang hingga ke Hari Raya nanti akan disalurkan ke keluarga Norizman untuk kegunaan Hari Raya Aidilfitri. MotoWorld Malaysia juga akan menyediakan satu tabung sumbangan di kedai mereka…

Siapakah Penunggang GP Pertama Malaysia?

Dengan lebih ramai penunggang-penunggang dari Malaysia bertanding di peringkat antarabangsa di seluruh dunia, sudah tentu kita tertanya-tanya siapakah penunggang GP pertama Malaysia. Terdapat ramai warga Malaysia yang telah bertanding di perlumbaan GP nasional dan juga serantau semenjak tahun 60-an hingga 80-an, seperti pelumba legenda Oh Kah Beng dikenali sebagai “Foreman Oh” dan Kuan Huah Chin…