Cub Prix: Fazrul Harapkan Tuah Di Batu Kawan

Pelumba pasukan AHM Motorsports Yamaha Racing, Ahmad Fazrul Sham, mengharapkan tuah menjelang saingan Cub Prix Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Pulau Pinang, hujung minggu ini.

Fazrul menamatkan saingan di kedudukan kelima sementara rakan sepasukan, Md Shahzul Naim di tempat ke-11 di Jasin, Melaka, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Fazrul berazam untuk menaiki podium di Batu Kawan kali ini dan mengharapkan tuah memihak pasukannya.

“Kami mempamer aksi diluar jangkaan sewaktu di Jasin, namun nasib tidak begitu menyebelahi kami setelah Iqbal terjatuh manakala saya pula mengalami sedikit masalah ketika sesi kelayakan.

“Jentera kami berada dalam keadaan baik, saya kekal konsisten dengan menempatkan diri dalam kelompok lima terbaik ketika di Jasin jadi saya yakin dalam memberi cabaran di Batu Kawan.

“Mudah-mudahan dengan sedikit tuah, kami dapat menaiki podium minggu ini, jelasnya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.