MotoWorld Memulakan Tabung Derma Buat Norizman Ismail

 

  • MotoWorld Malaysia akan menjalankan satu inisiatif bagi bulan Ramadan ini untuk Allahyarham Norizman Ismail, penunggang Malaysian Cub Prix yang telah terkorban.
  • Sebahagian daripada pendapatan jualan keseluruhan dari sekarang hingga ke Hari Raya nanti akan disalurkan ke keluarga Norizman untuk kegunaan Hari Raya Aidilfitri.
  • MotoWorld Malaysia juga akan menyediakan satu tabung sumbangan di kedai mereka yang terletak di Petaling Jaya bagi mereka yang ingin menderma secara terus ke keluarga Norizman.


MotoWorld Malaysia kini sedang menjalankan satu inisiatif kebajikan buat bekas pelumba Malaysian Cub Prix, Allahyarham Norizman Ismail. Penunggang veteran yang dikenali ramai itu mempunyai kerjaya perlumbaan yang berjaya dalam Petronas AAM Malaysian Cub Prix bertahun lamanya telah pun kembali ke Ilahi awal bulan ini di Kemaman, Terengganu.

Dari kiri: Mohd Adib Rosley, Kasma Daniel Kasmayudin, Norizman Ismail (Mac 2017)

Bagi menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang, MotoWorld Malaysia akan menderma sebahagian daripada hasil keuntungan jualan mereka dari sekarang hingga Hari Raya Aidilfitri kepada keluarga penunggang veteran Malaysian Cub Prix, Allahyarham Norizman Ismail. Selain daripada itu, mereka juga akan menyediakan tabung sumbangan untuk mereka yang ingin menderma secara terus ke keluarga Norizman.

Norizman telah kembali ke rahmatullah pada awal bulan ini pada 5 Mei 2017, ketika pusingan ketiga Malaysian Cub Prix dimana dia menghembuskan nafas terakhirnya berikutan satu kemalangan ketika dalam satu sesi kelayakan. Norizman pada waktu itu sedang bersaing dalam kategori CP150 yang baru dibentuk bagi pasukan ONEXOX TKKR Racing di atas jentera perlumbaan Yamaha Y15ZR. Dia berusia 32 tahun.

Kasma Daniel (kiri) sedang bersaing sengit dengan Norizman Ismail (kanan)

TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai insiden malang itu.

Dikenali sebagai legenda veteran Cub Prix yang juga seorang penyokong kuat dalam komuniti perlumbaan motosikal tempatan, Norizman merupakan simbol harapan dan kejayaan yang lahir daripada kerjaya perlumbaannya yang terpamer dalam keluarga dan perusahaan bengkelnya. Dia juga juara kebangsaan bagi tahun 2005 dan juga 2011 dalam kategori Expert Malaysian Cub Prix.

Norizman Ismail juga mempunyai kerjaya yang gemilang dalam Kejohanan Perlumbaan Jalanraya Asia FIM (FIM Road Racing Championship – ARRC) dimana dia berada di kedudukan keempat keseluruhan untuk tahun 2014 dan kedua keseluruhan pada tahun 2015 dimana dia bersaing dalam kategori 130cc Underbone.

Pada bulan Ramadan yang mulia ini dan Hari Raya Aidilfitri yang akan kunjung tiba nanti, marilah kita menghulurkan tangan dan juga tenaga kita untuk membantu kehidupan orang lain. Marilah kita memeriahkan dan menggembirakan kehidupan para taulan dunia permotoran kita ini kerana sesungguhnya, siapa lagi yang akan membantu jika bukan sesama kita. Marilah kita #HonourNorizman.

TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai MotoWorld Malaysia yang terletak di 82, Jalan PJS 5/30, Petaling Jaya, 46150 Petaling Jaya, Selangor.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply