Kerajaan Batalkan Saman AES

Kerajaan akan membatalkan 3.1 juta saman AES (Automated Enforcement System). Keputusan ini seiringan dengan pengambilalihan operasi AES oleh Jabatan Pengangkutan Jalan bermula 1 September 2018. Menteri Pengangkutan Anthony Loke menekankan yang ini adalah tawaran sekali sahaja.

SST Akan Mula Berkuatkuasa Bermula 1 September 2018 – Dapatkan Motosikal Baru Anda Sekarang!

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir, telah mengumumkan bahawa Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) baharu akan berkuatkuasa bermula dari 1 September 2018. Pada waktu ini sehingga penghujung bulan Ogos, kadar 0% GST akan digunapakai, yang mana ianya akan menyebabkan pengurangan pada harga motosikal, kereta, dan bermacam-macam lagi barangan yang lain. Para pengeluar telah mula mempromosikan…

Penunggang Motosikal Proaktif Memulakan Inisiatif Memerangi Kecurian Kelengkapan Motosikal

Sekumpulan penunggang motosikal telah memulakan satu inisiatif bagi menangani isu kecurian kelengkapan motosikal yang semakin meningkat. Satu borang Kajiselidik Google telah dibuat bagi mengumpulkan seberapa banyak maklumat yang boleh bagi membanteras jenayah ini. Maklumat yang telah dikumpul kemudiannya akan diserahkan kepada pihak berkuasa dengan harapan yang jenayah ini dapat ditangani sebaik mungkin.