Acara Motosikal Pada Hujung Minggu 28 Hingga 29 Julai ini

  • Hujung minggu 28 dan 29 Julai ini adalah antara hujung minggu paling sibuk buat para penggemar motosikal negara.
  • Akan ada sekurang-kurangnya satu acara yang akan berlangsung di bahagian Utara, Tengah, dan Selatan negara kita ini.
  • Para penunggang serta penggemar motosikal negara mempunyai pelbagai pilihan yang boleh mereka kunjungi.

Hujung minggu 28 dan 29 Julai 2018 ini adalah antara hujung minggu paling sibuk buat kita penggemar motosikal negara, di mana terdapat pelbagai acara motosikal yang akan dianjurkan, di seluruh negara.

Ini bermakna anda sebagai penunggang dan penggemar motosikal negara mempunyai bermacam-macam pilihan bagi mengisi masa lapang hujung minggu anda yang akan datang ini. Di sini kami senaraikan acara-acaranya mengikut wilayah untuk kemudahan rujukan anda.

UTARA

Karnival Bikers Gen Blue Yamaha

Karnival Bikers Gen Blue Yamaha (Yamaha Gen Blue Bikers Carnival) akan berlangsung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, pada hari Ahad, 29 Julai 2018.

Dihebahkan sebagai perhimpunan terbesar bagi pemilik motosikal Yamaha, acara ini juga akan menyaksikan pelancaran sebuah model Yamaha yang baharu. Terdapat juga pelbagai aktiviti buat seisi keluarga, selain konvoi ke tapak acara, pertandingan motosikal Yamaha buatan khas terbaik, pertunjukan aksi lagak ngeri, gymkhana, kempen penyelenggaraan, konsert rock, permainan, tunggang uji, peragaan motosikal dan cabutan bertuah.

Karnival Bikers Gen Blue Yamaha akan bermula dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Masuk adalah PERCUMA.

Sila tekan pautan ini untuk maklumat lanjut.

Konvoi “All Big Biker Pulau Pinang” Suzuki Malaysia, disusuli dengan Tunggang Uji Suzuki, dan Pelancaran “Suzuki Direct Shop”

Suzuki Malaysia akan melancarkan “Suzuki Direct Shop” di Pulau Pinang pada hari Sabtu, 28 Julai 2018.

Bagi memeriahkan acara pelancaran ini, akan berlangsungnya satu konvoi motosikal berkapasiti tinggi Suzuki dari ibu pejabat Suzuki Assemblers Malaysia di Prai pada jam 10 pagi.

Selain itu, pengeluar berkenaan akan menganjurkan satu acara tunggang uji di tempat yang sama bergelar “Suzuki Test Ride @ Penang”.

Sila tekan pautan ini untuk maklumat lanjut.

TENGAH

Pirelli Malaysia Superbike Championship (MSBK) 2018 – Pusingan 2

Siri perlumbaan superbike kebangsaan ini telah kembali setelah berehat sejak pertengahan bulan Mei. Pusingan 2 akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Penunggang Moto3 Adam Norrodin Bakal Beraksi Di MSBK!

Berita yang masih lagi hangat mengenai acara ini adalah kehadiran penunggang Moto3 negara, Adam Norrodin, yang akan bertanding dalam kelas SuperSport 600; acara Asia Talent Cup juga akan turut diadakan; beserta dengan siri perlumbaan TOC Desmo Cup buat penunggang Ducati.

Tempat grandstand adalah percuma, namun para penonton boleh membeli pas paddock khas untuk melihat aksi dengan lebih dekat lagi.

Acara bermula hari ini dengan sesi kelayakan (Jumaat, 27 Julai 2018), Perlumbaan 1 pada hari Sabtu (28 Julai 2018), dan Perlumbaan 2 pada hari Ahad 29 Julai 2018) untuk ke semua kategori.

Art of Speed (AOS) Malaysia Kali Ke-7 2018, dijana oleh Petronas

Art of Speed (AOS) adalah perhimpunan terbesar bagi pembina buatan khusus, retro, “ol’ skool”, dan seniman berkaitan automotif.

Art Of Speed Malaysia 2018 Bakal Muncul Kembali!

Namun, itu hanyalah sebahagian daripada kisahnya sahaja, kerana di AOS ini, terdapat bermacam-macam acara bagi seluruh isi keluarga. Ada pertunjukan seni, peragaan permainan, “lo-riders” (basikal yang dikhususkan), konsert, dan cabutan bertuah, dengan hadiah utamanya sebuah motosikal buatan khas.

Para pengeluar motosikal juga akan turut hadir, dengan pengeluar seperti Ducati dan Kawasaki yang akan menggunakan acara AOS ini sebagai pentas pelancaran model terkini mereka.

AOS telah menyediakan acara ini dengan menyeluruh bagi membuatkan kunjungan anda satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Mereka telah menyediakan pengangkutan ulang alik untuk membawa anda dan keluarga dari tempat parkir ke dewan. Atau, anda boleh menggunakan aplikasi MyCar yang menawarkan diskaun RM3 dari jumlah keseluruhan dengan menggunakan kod promosi AOS2018.

Art of Speed (AOS) Malaysia Kali Ke-7 2018, dijana oleh Petronas akan berlangsung di MAEPS, Serdang pada 28 – 29 Julai 2018, hari Sabtu dan Ahad.

Sila tekan pautan ini untuk maklumat lanjut.

SELATAN

KTM Malaysia Orange Carnival 2018

Di selatan tanah air di negeri Johor, KTM Malaysia akan menganjurkan hentian pertama untuk KTM Malaysia Orange Carnival 2018.

KTM Malaysia Orange Carnival Bakal Gegarkan Johor 28 Julai Ini!

Diadakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor, karnival ini adalah acara satu hari, diisi dengan pelbagai aktiviti untuk pemilik KTM, penunggang dan penggemar motosikal, dan juga orang ramai dan seisi keluarga.

Antara aktiviti yang akan disediakan adalah sesi tunggang uji model KTM terkini, fun-hana (gymkhana), kempen penyelenggaraan, cabutan bertuah (hadiah utama, motosikal KTM 390 Duke), pertunjukan aksi lagak ngeri oleh Gabit Saleh, dan bermacam-macam lagi.

KTM Malaysia juga akan melancarkan model terkini, KTM 200 Duke Evo sewaktu acara berkenaan.

Dengan begitu banyak acara yang cukup mengujakan, hujung minggu kali ini sudah pasti akan penuh terisi dengan aktiviti yang menyeronokkan buat para penggemar motosikal. Jadi, tunggu apa lagi? Rancanglah hujung minggu anda sebaiknya!