Beleklah KTM RC390 R 2018 Edisi Terhad!

  KTM telah memperkenalkan motosikal sedia litar homologasi dan teramat terhad, KTM RC390 R 2018. Direka untuk lebih mesra litar, KTM juga turut menyediakan kit perlumbaan penuh Supersport 300 bagi motosikal RC390 R tersebut. Ditetapkan harganya pada €8,500 (sekitar RM40,901), motosikal RC390 R ini hanya dihadkan kepada 500 buah unit sahaja di seluruh dunia.

Apa Yang Perlu Dipertimbangkan Apabila Bertukar Dari Motosikal Kapcai Ke Motosikal Lumba / Naked

Kebanyakan penunggang baru hari ini dengan mudahnya dapat bertukar dari motosikal kapcai ke motosikal lumba atau naked. Dalam jangkauan di antara 200cc hingga 500cc, motosikal tahap permulaan ini semakin meningkat permintaannya dan para pengeluar telah menyedari akan hal ini. Motosikal lumba dan naked seperti KTM RC390 dan 390 Duke telah menjadi tunggangan pilihan utama, malah…

Rali Dakar 2018: Juara Bertahan Sam Sunderland Terbabas, Tidak Dapat Meneruskan Perlumbaan

  Juara bertahan, Sam Sunderland telah terkeluar dari saingan Rali Dakar 2018 selepas terbabas di peringkat keempat perlumbaan berkenaan. Penunggang berusia 28 tahun itu telah mendahului dua peringkat yang pertama namun satu kemalangan pada peringkat keempat yang telah mengakibatkan kecederaan belakang yang memaksanya untuk menarik diri dari perlumbaan. Sam Sunderland merupakan juara Rali Dakar dari…

Motosikal Aksi Lagak Ngeri KTM 250 Duke 2018 Terbaru Milik Rok Bagoros!

Penunggang aksi lagak ngeri rasmi KTM, Rok Bagoros, telah memperagakan motosikal aksi lagak ngeri yang terkini, KTM 250 Duke 2018. Dilengkapi dengan ke semua kelengkapan terkini untuk aksi lagak ngeri, motosikal itu tidak syak lagi adalah salah sebuah motosikal 250 Duke yang paling cantik pernah kami lihat. Dengan kelengkapan aksi lagak ngeri ‘signature’ Rok Bagoros…

Rangkaian Motosikal KTM 1290 Super

Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah Rangkaian KTM 1290 Super adalah rangkaian utama untuk KTM. Dijana oleh enjin 1301cc, DOHC, sejukan cecair V-Twin 75 darjah dengan beberapa talaan yang berbeza, motosikal-motosikal ini adalah jentera yang amat mengujakan untuk ditunggang. Keluarga 1290 Super terdiri daripada motosikal lumba naked, sport-tourer, dan adventure-tourer.

Tawaran Hebat Beserta Tunggang Uji KTM di NKS Sports Bikers Jalan Sentul! Hanya Untuk 2 Hari!

  NKS Sports Bikers sedang menganjurkan sebuah acara teramat istimewa NKS Max Out bersama dengan KM Orange Day. Para hadirin boleh menunggang uji motosikal-motosikal KTM terkini seperti KTM 250 Duke dan 390 Duke dan pemeriksaan motosikal KTM percuma dan pelbagai tawaran mengagumkan untuk helmet-hemet HJC dan Gracshaw, tayar Michelin, minyak pelincir Elf Lubricants, serta bermacam-macam…

Sebab-Sebab Mengapa Anda Perlu Beri Perhatian Kepada Motosikal Suntikan Bahanapi Dua Lejang KTM

  Untuk tahun 2018, KTM telah muncul dengan motosikal suntikan bahanapi dua lejang pertama dunia dalam bentuk KTM 250 EXC TPI dan KTM 300 EXC TPI. Teknologi “Transfer Port Injection” telah menghidupkan semula masa hadapan enjin dua lejang dengan memperbaiki segala kelemahannya. Motosikal KTM TPI ini juga telah didatangkan dengan Edisi ‘Six Days’ yang dilengkapi…

Harga KTM 790 Duke 2018 Dijangkakan Sekitar RM60,000?

  Laporan terkini telah mengatakan bahawa motosikal KTM 790 Duke 2017, atau dikenali sebagai “The Scalpel”, akan ditetapkan harganya pada paras €10,000 untuk pasaran Eropah (sekitar RM48,432). Dengan motosikal KTM 690 Duke dan 1290 Super Duke R ditetapkan pada harga RM43,396 dan RM118,00 (harga asas beserta GST), motosikal 790 Duke boleh diandaikan terletak di antara…