Motosikal Aksi Lagak Ngeri KTM 250 Duke 2018 Terbaru Milik Rok Bagoros!

  • Penunggang aksi lagak ngeri rasmi KTM, Rok Bagoros, telah memperagakan motosikal aksi lagak ngeri yang terkini, KTM 250 Duke 2018.
  • Dilengkapi dengan ke semua kelengkapan terkini untuk aksi lagak ngeri, motosikal itu tidak syak lagi adalah salah sebuah motosikal 250 Duke yang paling cantik pernah kami lihat.
  • Dengan kelengkapan aksi lagak ngeri ‘signature’ Rok Bagoros hinggalah ke aturcara Brembo berkembar belakang empat omboh, motosikal aksi lagak ngeri 2018 itu sedia untuk melakukan aksi-aksi yang lebih hebat lagi.

Salah satu nama penunggang aksi lagak ngeri yang paling terkenal di dunia pada hari ini sudah semestinya Rok Bagoros. Penunggang berusia 28 tahun dari Slovenia itu telah dipilih oleh KTM sebagai penunggang aksi lagak ngeri rasmi mereka dan dia telah mempersembahkan pelbagai aksi lagak ngeri yang menakjubkan dengan perwatakannya yang gila-gila itu.

Untuk tahun 2018, Rok Bagoros telah menyediakan sesuatu yang amat mengagumkan yang datang dalam bentuk sebuah motosikal KTM 250 Duke 2017. Motosikal naked tahap permulaan terbaru dari KTM itu telah dipertingkatkan lagi bagi melayakkannya sebagai motosikal aksi lagak ngeri yang sempurna buat Bagoros melakukan aksinya dengan penuh gaya.

Dilitupi dengan kemasan grafik terbarunya yang ranggi beserta dengan corak harimau berwarna biru yang gila-gila dan logo RokOn beserta para penaja, ianya tidak syak lagi adalah salah sebuah motosikal KTM 250 Duke 2017 yang paling cantik pernah kami lihat buat setakat ini. Dengan pelana pembonceng buatan khas dari Taping, ke palang wheelie ‘Rok Bagoros Signature’, dan tempat letak kaki pembonceng ‘sub cage’, jentera ini semestinya kelihatan amat ‘jahat’ sekali.

Melihat dengan lebih dekat motosikal aksi lagak ngeri KTM 250 Duke 2018-nya itu, aspek yang paling menonjol sudah pasti adalah tangki bahanapi yang dibuat khas. Direka menggunakan aluminium, ianya mudah untuk dibentuk bagi mendapatkan kestabilan yang lebih baik sewaktu melakukan aksi lagak ngeri yang memerlukan Rok untuk memijak atau duduk di atasnya. Dilengkapi dengan pita pelekat prototaip baru dari Black Bird, ia akan memastikan yang Rok kekal berada di atas motosikal itu sewaktu melakukan aksa-aksi yang mengingkari graviti.

Lampu hadapannya telah dikekalkan standard bagi memastikan semangat KTM 250 Duke kekal membara. Palang pemegangnya pula telah ditukar dengan palang pemegang Magura yang lebih lebar berbanding palang pemegang standard. Ini bagi memastikan yang ke semua kelengkapan lagak ngerinya lebih mudah untuk dipautkan.

Sistem brek hadapan telah dipertingkatkan dengan tuil brek boleh laras KTM PowerParts serta cakera brek 230mm. Silinder utama brek hadapan kekal standard kerana menurut Bagoros, ia lebih dari mencukupi bagi memberikan prestasi optimum untuk beraksi lagak ngeri.

Bahagian kiri palang pemegang pula lain ceritanya dengan aturcara biasa untuk aksi lagak ngeri di mana anda akan menjumpai tuil kedua untuk brek belakang. Tuil klac telah ditukar dengan kelengkapan Rok Bagoros yang dimesin CNC untuk pengoperasian yang teramat lancar manakala silinder utama klac 13mm Magura AC1 pula digilirkan untuk sistem brek belakang. Wow.

Bercakap mengenai brek belakangnya, ianya lebih menakjubkan apabila anda menelitinya dengan lebih dekat. Dilengkapi dengan pendakap buatan khas bagi memegang bukan hanya satu, tetapi dua angkup empat omboh Brembo, setiap angkup disambungkan kepada tuil brek yang dikawal sama ada tangan atau kaki untuk aksi lagak ngeri yang lebih mengujakan.

Ekzos ‘slip-on’ Akrapovic di bawah rangkaian KTM PowerParts telah digunakan yang mana kami ia pasti berbunyi hebat sekali terutamanya di atas KTM 390 Duke 2017 yang telah kami tunggang uji beberapa bulan yang lalu. Tayarnya telah digantikan dengan sepasang tayar Mitas Sport Force untuk cengkaman optimum walaupun pada suhu yang lebih rendah.

Untuk memastikan yang Bagoros boleh meneruskan aksinya walaupun selepas dia terjatuh beberapa kali, beberapa buah perlindungan telah dipasang dalam bentuk ‘crash cage’ serba baru dan tempat letak kaki dengan hujungnya dilitupi plastik bagi membantu menyerap hentakan.

Gegancu belakangnya telah ditukar kepada bahagian buatan khas dimesin CNC bergigi-56, ‘signature’ Rok Bagoros, yang mana telah dibangunkan oleh Rok sendiri untuk prestasi aksi lagak ngeri optimum. Didatangkan dalam warna hitam, ia tampak ‘jahat’ dan sedia untuk melakukan ‘wheelie’.

Kita sudah sedia maklum betapa gila-gilanya Rok Bagoros dengan aksi lagak ngerinya namun setelah melihat perkembangannya dalam mengasah kemahirannya itu di samping dengan membangunkan rangkaian kelengkapan untuk aksi lagak ngerinya sendiri, kami pasti yang motosikal terbarunya itu pasti akan mempamerkan aksi yang amat mengujakan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kelengkapan aksi lagak ngeri ‘Rok Bagoros Signature’, TEKAN SINI.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai motosikal KTM 250 Duke 2017 dan 390 Duke 2017, TEKAN SINI.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.