Sebab-Sebab Mengapa Anda Perlu Beri Perhatian Kepada Motosikal Suntikan Bahanapi Dua Lejang KTM

 

  • Untuk tahun 2018, KTM telah muncul dengan motosikal suntikan bahanapi dua lejang pertama dunia dalam bentuk KTM 250 EXC TPI dan KTM 300 EXC TPI.
  • Teknologi “Transfer Port Injection” telah menghidupkan semula masa hadapan enjin dua lejang dengan memperbaiki segala kelemahannya.
  • Motosikal KTM TPI ini juga telah didatangkan dengan Edisi ‘Six Days’ yang dilengkapi dengan kemasan grafik istimewa dan pengemaskinian prestasi.

 

Dunia motosikal dua lejang menjanjikan satu perkara dan hanya satu perkara sahaja; jumlah kuasa yang hebat dalam sebuah pakej enjin yang agak kecil. Seperti namanya, enjin dua lejang secara asasnya dapat dapat menjana kuasanya itu dengan kebolehannya untuk menyempurnakan kitaran kuasa dengan hanya dua lejang di mana enjin empat lejang memerlukan dua kali lebih banyak pergerakan.

Kesimpulannya, motosikal dua lejang mempunyai jalur kuasa yang lebih tinggi, lebih kompak, dan mempunyai bahagian yang bergerak yang lebih sedikit berbanding dengan motosikal empat lejang. Oleh dengan itu, ianya lebih ringan serta mempunyai ruang untuk nisbah kuasa-ke-berat yang lebih tinggi. Bak kata pengacara permotoran terkenal, Jeremy Clarkson, “Power!”

Bertahun lamanya, pembangunan jentera dua lejang menghadapi masa-masa yang sukar disebabkan beberapa kelemahan seperti kelengkapan yang lebih cepat haus kerana tiadanya sistem pelinciran yang khusus, ketidakcekapan dalam penggunaan bahanapi yang menyebabkan terhasilnya pencemaran yang banyak. Kelemahan yang terakhir sekali merupakan masalah yang besar terutamanya di mata penguatkuasa peraturan emisi.

Menyedari yang masih ada potensi yang besar pada aturcara enjin ini, para bijak pandai di KTM telah memutuskan untuk mencari jalan bagi menghasilkan enjin dua lejang yang muktamad di samping menghapuskan ke semua kelemahan yang telah disebutkan di atas. Jawapan yang telah mereka jumpa? SUNTIKAN BAHANAPI.

Bagi tahun 2018, KTM telah memperkenalkan dua model enduro yang revolusinari, iaitu KTM 250 EXC TPI 2018 dan KTM 300 EXC TPI. Jadi, apakah itu TPI? Ianya adalah teknologi suntikan bahanapi dua lejang terkini yang telah dibangunkan oleh KTM yang dipanggil “Transfer Port Injection” dan kedua-dua model ini adalah motosikal pengeluaran yang pertama seadanya dengan enjin suntikan bahanapi dua lejang.

Apa yang hebat sangat mengenai motosikal suntikan bahanapi dua lejang ini? Masihkah anda ingat akan segala kelemahan enjin dua lejang yang telah menyebabkan kebanyakan pakar permotoran meramalkan berakhirnya era enjin dua lejang? Apa yang telah dicapai oleh KTM dengan teknologi TPI mereka itu secara asasnya telah menghidupkannya kembali dengan sebuah enjin yang bukan sahaja mempunyai nisbah kuasa-ke-berat yang lebih tinggi, tetapi turut menjanjikan kecekapan bahanapi yang lebih baik serta kebolehtunggangan yang lebih terkawal.

Menurut Pengarah Pemasaran Produk KTM, Joachim Sauer, “Ianya satu pembangunan yang amat mengujakan bagi KTM. Kami telah berusaha untuk membangunkan enjin suntikan bahanapi dua lejang buat sekian lama dan matlamat kami adalah untuk membina motosikal yang berdaya saing dengan segala manfaat yang datang dengan suntikan bahanapi, di samping selari dengan mantra “READY TO RACE” kami.”

Dengan sebuah Sistem Pengurusan Enjin (Engine Management System – EMS) serba baru yang dibangunkan khas untuk motosikal KTM TPI, sistem ini dapat membuat perkiraan jumlah bahanapi, udara, dan minyak dua lejang yang tepat, yang diperlukan untuk prestasi optimum tanpa membazirkannya. Anda juga tidak lagi perlu untuk pra-campur bahanapi anda dengan pelincir dua lejang!

Kesimpulannya, kedua dua motosikal KTM 250 EXC TPI dan KTM 300 EXC TPI 2018 ini adalah amat ringan, amat berkuasa, dan menawarkan keseronokan penunggangan yang tidak terbatas bagi mereka yang cukup bernasib baik dapat menungganginya. KTM Malaysia mempunyai kedua-dua model ini untuk ditawarkan dan ianya didatangkan dengan pelbagai kelengkapan yang menarik.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai motosikal KTM 250 EXC TPI dan KTM 300 EXC TPI 2018 yang ditetapkan harganya pada RM39,000 dan RM43,500 (harga asas beserta GST), TEKAN SINI.

Bagi mana-mana penggemar motosikal enduro atau ‘off-road’ yang inginkan sesuatu yang lebih premium, KTM Malaysia turut menawarkan kedua-dua buah motosikal ini dengan kemasan grafik Edisi Six Days yang diilhamkan oleh penyertaan mereka dalam International Six Days Enduro (ISDE) yang telah berlangsung di Perancis beberapa bulan yang lalu.

Selain daripada pakejnya yang sudah cukup mengagumkan yang ditawarkan pada model EXC TPI yang standard, motosikal KTM Six Days juga akan dilengkapi dengan pelbagai pengemaskinian yang berbeza seperti:

  • Fork hadapan WP XPLOR yang dilengkapi dengan pelaras pramuatan.
  • Apit bertiga disadur anod dicanai mesin berwarna jingga.
  • Palang pemegang dengan logo Six Days.
  • Suis pemilihan pemetaan.
  • 2 buah Gegancu belakang Supersprox Stealth.
  • Cakera brek hadapan terapung.
  • Cakera brek belakang pejal.
  • Pelana Selle Dalla Valle Wave Factory Racing.
  • Peredam ekzos eksklusif dengan logo Six Days.
  • Plet gelinciran enjin.
  • Penarik gandar hadapan.
  • Pemandu rantai berwarna jingga.
  • Roda besar dengan logo Six Days.
  • Kerangka berwarna jingga.
  • Kemasan grafik ekslkusif Six Days.

Nota: Pengemaskinian prestasi mungkin berbeza di seluruh dunia mengikut model Six Days yang disediakan dari 250cc hingga ke 500cc.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai KTM EXC TPI Edisi Six Days 2018 yang berharga RM42,500 untuk 250cc dan RM48,000 bagi 300cc (harga asas beserta GST), TEKAN SINI.

Jika bercakap mengenai nisbah kuasa-ke-berat, tiada motosikal lain yang dapat menandingi jentera dua lejang. Dan jika timbul perdebatan mengenai motosikal dua lejang terbaik dalam dunia, yakinlah bahawa KTM terletak di tangga teratas senarai itu dengan motosikal pengeluaran suntikan bahanapi dua lejang yang pertama seadanya di dalam dunia buat masa ini.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai motosikal suntikan bahanapi dua lejang revolusinari dari KTM ini, kunjungilah mana-mana pengedar rasmi KTM Malaysia di seluruh negara. TEKAN SINI untuk mengenal pasti pengedar yang terdekat dengan anda.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.