Honda Malaysia telah memperkenalkan dua model edisi terhad yang pasti akan menarik lebih ramai peminat kepada jenama pengeluar kereta terkemuka tersebut. Bagi 2019, Honda Jazz Mugen dan juga Honda BR-V Special Edition boleh didapati mulai sekarang.
Category: Kereta
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia dan antarabangsa
Pada 23-24 Februari 2019, Stadium Batu Kawan di Pulau Pinang akan menjadi tempat tumpuan ramai dimana Toyota Gazoo Racing (TGR) Festival akan menganjurkan pusingan ke-3 mereka acara utama iaitu Toyota Vios Challenge!
UMW Toyota Sdn Bhd iaitu pengedar kenderaan Toyota di Malaysia dengan bangganya mengumumkan bahawa model Toyota Camry 2019 dianugerahkan dengan penarafan 5 bintang pada hasil ujian kemalangan kereta baru negara-negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) baru-baru ini.
Pada 2 Februari 2019 lepas, Proton Edar Sdn Bhd telah mengadakan rumah terbuka Tahun Baru Cina 2019 kepada semua pelanggan mereka. Sebanyak 74 pusat 3S dan 4S Proton telah mengambil bahagian dalam rumah terbuka besar-besaran ini dimana lebih dari 1,000 unit Proton X70 berjaya dihantar kepada para pelanggan.
Pasaran kenderaan di Amerika Syarikat adalah antara pasaran yang paling menarik lebih-lebih bagi dalam segmen trak pikap. Antara kriteria yang diberikan keutamaan bagi golongan ‘mat salleh’ disana adalah saiz dan juga kuasa. Dengan itu, Ford America telah melancarkan generasi terkini Ford F-Series Super Duty 2020 yang merangkumi tiga model trak pikap gergasi iaitu F-250, F-350…
BMW Malaysia telah memperkenalkan Program Pakar Produk BMW (BMW Product Genius Programme) buat julung kalinya di Malaysia, dengan tujuh pakar terlatih dan ditempatkan di tiga premis pengedaran di sekitar kawasan Lembah Klang.
BMW Group Malaysia telah mengorak langkah baru bagi permulaan tahun 2019 dengan melancarkan enam Fasiliti Pengecasan BMW i di Bangsar Shopping Centre. Sebagai salah satu peneraju di dalam arena e-mobiliti di Malaysia, ini merupakan satu langkah menarik dalam Visi Mobiliti BMW Group Malaysia di dalam negara.
Inginkan trak pikap atau ‘monster truck’ paling mantap di Malaysia? Anda boleh ke Hamawangsa Automall, Taman Tun Dr Ismail dimana mereka telah melancarkan Sutton CS3500 boleh didapati dengan segera dan dipasang lengkap di Malaysia.
Minggu lepas, kami dan beberapa media permotoran tanah air tercinta telah mendapat peluang untuk mencuba Toyota Vios 2019 tawaran dari UMW Toyota Sdn Bhd. Vios generasi baharu dengan tagline “As Never Before” memberi imej awal sebuah kenderaan serba baharu yang dipasarkan untuk pelbagai golongan dari mereka yang baru bekerja hingga berkeluarga yang ingin mencari sebuah…