Lebih 1,000 unit Proton X70 dihantar sempena Tahun Baru Cina!

Pada 2 Februari 2019 lepas, Proton Edar Sdn Bhd telah mengadakan rumah terbuka Tahun Baru Cina 2019 kepada semua pelanggan mereka. Sebanyak 74 pusat 3S dan 4S Proton telah mengambil bahagian dalam rumah terbuka besar-besaran ini dimana lebih dari 1,000 unit Proton X70 berjaya dihantar kepada para pelanggan.

Ini merupakan hantaran Proton X70 terbesar setakat ini dalam sejarah Proton setakat ini. Acara rumah terbuka Tahun Baru Cina 2019 ini juga menyatukan pelanggan semua kaum dari semua lapisan masyarakat menjadi sebahagian daripada peristiwa yang tidak dapat dilupakan untuk Proton dan para pelanggan mereka.

Acara ini dilakukan untuk menjangkau jangkaan para pelanggan Proton supaya mereka dapat berkongsi waktu istimewa ini dengan sebanyak mungkin pelanggan sambil mendidik pelanggan tentang SUV baharu mereka.

Semasa acara itu, pelanggan yang menerima Proton X70 baharu mereka telah diberi taklimat mengenai USP yang membuat SUV baharu mereka istimewa dan juga diajar bagaimana untuk mengaktifkan ciri-ciri tersebut.

Persembahan komprehensif telah disampaikan oleh pengurus selepas jualan di setiap pusat pameran dalam usaha untuk memberikan pemahaman yang lebih besar tentang kenderaan mereka agar pemilik dapat memaksimumkan kesenangan memandu yang lebih selesa, mudah dan selamat.

Para pelanggan yang menghadiri acara itu juga ditemuramah tentang apa yang menarik mereka kepada Proton X70, yang akan digunakan ketika masa untuk merancang dan memasarkan model PROTON masa depan. Untuk maklumat lanjut, layari www.proton.com.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.