Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah menerima 871 buah motosikal Kawasaki Z250 dan KLX KLX250 bagi memperkuatkan lagi unit rondaan URB mereka. Upacara penyerahan telah diadakan semalam di markas Pasukan Gerakan Am berhampiran Bukit Kayu Hitam, Kedah. Ke semua motosikal scrambler Kawasaki KLX250 akan membantu dalam rondaan kawasan bersempadan dengan Thailand yang mana meliputi kawasan…
Category: Kawasaki
Ekzos sistem sepenuhnya siri Yoshimura Alpha Race kini boleh didapati bagi motosikal Kawasaki Ninja 650 dan Kawasaki Z650 ABS. Ekzos sistem sepenuhnya ini menjanjikan pengurangan berat sehingga 4.4kg dan peningkatan kuasa sehingga 6.1% serta 3.1% untuk tork. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk-produk Yoshimura di Malaysia, anda bolehlah merujuk dengan pengedar sah di…
Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) akan menganjurkan satu kempen keselamatan jalan raya pada 25 Januari 2018 di plaza tol Sungai Besi (arah selatan). Kempen Keselamatan Jalan Raya Kawasaki 2018 ini akan bermula dari jam 9 pagi sehingga pukul 6 petang. Kempen keselamatan jalan raya ini terbuka bagi ke semua penunggang motosikal tidak mengira jenis serta jenama…
Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) kini sudah mula menawarkan Kawasaki Z900 ABS Edisi Khas 2018 dalam warna serba baru, Candy Persimmon Red. Skema warna merah terbaru ini dipertingkatkan lagi dengan kemasan garisan Metallic Spark Black bagi memberikannya rupa paras yang lebih garang. Berharga RM50,959 (harga asas beserta GST), motosikal Kawasaki Z900 ABS 2018 ini menghasilkan 123hp…
Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) telah membekalkan motosikal perlumbaan yang diperlukan untuk para penunggang muda yang dipilih untuk menyertai program SIC “Impian ke MotoGP”. Beberapa buah unit motosikal jalan raya Kawasaki Ninja 250 SL yang telah ditala untuk perlumbaan yang akan digunakan oleh penunggang-penunggang tersebut untuk berlatih di bawah kelolaan Zulfahmi Khairuddin. Kawasaki Malaysia dikenali…
Kawasaki USA baru-baru ini telah mengeluarkan sebuah video mengenai sebuah motosikal tiga roda, Kawasaki J Concept 2018. Nampaknya Kawasaki kini kembali mengusahakan motosikal tiga roda dengan munculnya klip video serba baru ini. Motosikal J Concept ini berkemampuan untuk menyampaikan maklumat dengan sempurna kepada penunggang dan bercirikan beberapa mod tunggangan yang membolehkan perubahan yang menyeluruh pada…
Motosikal Kawasaki Ninja 650 serta Z650 2017 telah dilancarkan pada bulan Januari 2017 yang lalu, merupakan dua buah motosikal Kawasaki paling serba boleh yang telah dilancarkan buat setakat ini. Kawasaki Japan telah menyatakan bahawa akan adanya sistem ekzos Akrapovic penuh bagi mereka yang ingin membuat peningkatan prestasi. Sistem ekzos penuh Akrapovic Racing Line (Titanium)…
Keseronokan yang lebih mengujakan akan bakal dirasai dengan pelancaran motosikal Kawasaki Ninja H2 SX. Kawasaki telah mengkaji semula pelbagai aspek motosikal berkenaan. Motosikal H2 SX akan menjadi lebih praktikal untuk tunggangan harian dan kembara.
Desas-desus mengenai juara WorldSBK, Jonathan Rea, berpindah ke MotoGP telah timbul sekali lagi. Selepas memenangi kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut bersama pasukan Kawasaki Racing Team (KRT), Rea bakal meneruskan kerjaya WorldSBK-nya sehingga hujung tahun 2018. Rea mengatakan bahawa dia hanya akan berpindah sekiranya ada kekosongan dalam pasukan pengilang MotoGP.