Kawasaki Amerika Syarikat telah memanggil semula 497 unit model Z900 ABS 2019, Z900 RS ABS dan Z900 RS Cafe ABS di negara itu ekoran mendapati unit hidraulik ABS ketiga-tiga model tersebut telah tercemar dengan habuk ketika proses pemasangan. Unit hidraulik ABS yang tercemar mampu menyebabkan tayar depan dan belakang terkunci ketika membrek semasa menunggang sekaligu…
Category: Kawasaki
Kelab motosikal Kawasaki GTROC (GTR Owner Club) telah mengadakan perhimpunan kali ke-6 mereka pada hari ini. Konvoi ini bermula dari ibu pejabat Kawasaki Motor (Malaysia) Sdn. Bhd. di Glenmarie, Shah Alam. Mereka akan menunggang menuju ke Melaka untuk bertemu dengan satu lagi kumpulan motosikal GTR bagi menjadikan jumlahnya sebanyak 300 buah motosikal.
Pasukan Kawasaki Racing Team WorldSBK telah memperkenalkan barisan penunggang mereka bagi tahun 2019 untuk kejohanan World Superbike Championship. Barisan penunggangnya terdiri daripada juara empat kali, Jonathan Rea dan penunggang baharu, Leon Haslam. Musim baharu akan bermula pada minggu hadapan di Phillip Island, Australia.
Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) telah menganjurkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Kawasaki tahunan mereka. Diadakan di tol plaza Sungai Besi, kempen ini memasuki tahun ke-empatnya dan berfokus kepada mempertingkatkan keselamatan jalan raya secara keseluruhan bagi para penunggang motosikal. Pemeriksaan keselamatan motosikal 16 bahagian percuma telah dijalankan buat semua motosikal tanpa mengira model mahu pun jenama.
Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd (KMSB) dengan secara rasminya telah melancarkan model Kawasaki Ninja ZX-10RR dan Ninja ZX-6R 2019. Pelancarannya telah diadakan di KLIMS 2018 bersama dengan pengenalan produk Kawasaki Genuine Oil. Kedua-dua model ZX-10RR dan ZX-6R baharu telah ditetapkan pada harga RM159,900 dan RM79,900.
Model Kawasaki W800 2019 telah diperkenalkan di acara EICMA 2018. Kawasaki mendakwa bahawa motosikal ini adalah 90% baharu. Ia akan ditawarkan dalam varian Street dan Café.
Model Kawasaki Ninja ZX-6R 2019 telah pun dilancarkan. Ia bercirikan rupa paras yang baharu beserta komponen yang dirombak semula. Ia masih menggunakan enjin 636cc namun telah ditala untuk mematuhi piawaian Euro4.
Motosikal Kawasaki Ninja 250 2018 adalah sebuah model serba baharu. Enjin baharunya menghasilkan sehingga 38.2hp – enjin motosikal jalan raya empat lejang, 250cc paling berkuasa. Ianya telah ditetapkan pada harga RM23,071 (harga asas).
Lapan orang ahli kelab komuniti motosikal “Kawasaki Versys-X 250 Community” (VEXCOM) telah memulakan perjalanan menuju ke Selatan Thailand. Perjalanan ini telah dianjurkan bagi mempamerkan kebolehan ‘off-road’ motosikal tahap permulaan Kawasaki tersebut. Perjalanan satu minggu itu juga bertujuan untuk menarik minat lebih ramai penunggang, penggemar, dan juga orang ramai untuk memiliki jentera mereka sendiri dan menyertai…