Kawasaki Dan KTM Panggil Balik Model Di Amerika Syarikat

Kawasaki Amerika Syarikat telah memanggil semula 497 unit model Z900 ABS 2019, Z900 RS ABS dan Z900 RS Cafe ABS di negara itu ekoran mendapati unit hidraulik ABS ketiga-tiga model tersebut telah tercemar dengan habuk ketika proses pemasangan.

Unit hidraulik ABS yang tercemar mampu menyebabkan tayar depan dan belakang terkunci ketika membrek semasa menunggang sekaligu boleh menyebabkan kemalangan terutamanya ketika menunggang dengan laju.

Kawasaki telah pun memaklumkan kepada pemilik mengenai perkara ini dan menawarkan proses penukaran secara percuma.

Dalam perkembangan lain, KTM turut memanggil semula 1,588 unit KTM 1290 Super Adveture 2015 dan 2016 yang dijual di Amerika Syarikat susulan masalah kebocoran minyak berpunca daripada penutup tangki.

Sekiranya ada kebocoran, terdapat risiko untuk berlakunya sebarang insiden tidak diingi terutamanya jika minyak terkena komponen elektrik.

KTM turut menawarkan penukaran penutup tangki secara percuma kepada semua pemilik.

 

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply