Perhimpunan Kali Ke-6 Kawasaki GTR Owner Club (GTROC)

  • Kelab motosikal Kawasaki GTROC (GTR Owner Club) telah mengadakan perhimpunan kali ke-6 mereka pada hari ini.
  • Konvoi ini bermula dari ibu pejabat Kawasaki Motor (Malaysia) Sdn. Bhd. di Glenmarie, Shah Alam.
  • Mereka akan menunggang menuju ke Melaka untuk bertemu dengan satu lagi kumpulan motosikal GTR bagi menjadikan jumlahnya sebanyak 300 buah motosikal.

Pemilik motosikal Kawasaki 1400GTR dari kelab pemilik GTR (GTR Owner Club – GTROC) telah mengadakan perhimpunan kali ke-6 mereka hari ini di Melaka Bandaraya Bersejarah.

Lebih kurang 50 orang pemilik motosikal sport-tourer berkuasa tinggi ini telah berkumpul di halaman ibu pejabat Kawasaki Motor (Malaysia) Sdn. Bhd. di Glenmarie, Shah Alam, bagi menyertai permulaan konvoi ini. Dari sana, mereka akan menunggang menuju ke Ayer Keroh, Melaka, di mana mereka akan berkumpul dengan sekumpulan lagi pemilik motosikal 1400GTR, menjadikan jumlah keseluruhannya kira-kira 300 buah motosikal.

Kumpulan ini akan melawat rumah anak yatim dan juga sekolah agama untuk menjalankan kerja amal, sebagai sebahagian daripada aktiviti konvoi ini.

Penolong Pengurus Besar KMMSB, Encik Awaluddin Bin Md. Lip, dan Penolong Pengurus Pemasaran KMMSB, Encik Ahmad Radzi Abdul Rahman (lebih dikenali sebagai Che Mad) telah mengalu-alukan kedatangan kumpulan ini. Mereka menyampaikan rasa besar hati KMMSB kerana dapat menyokong kelab dan aktiviti mereka, di samping mengalukan lebih banyak kerjasama pada masa yang akan datang.

Presiden GTROC, Dato’ Shaid Tasiran mengucapkan terima kasih atas sokongan KMMSB. Beliau kemudiannya telah memberi taklimat mengenai peraturan konvoi berkenaan, termasuklah etika-etikanya seperti mematuhi arahan marsyal, tidak menunggang sesuka hati, dan sebagainya, di samping menerangkan aktiviti-aktiviti yang telah disediakan serta laluan mereka pada hari ini.

Polis Diraja Malaysia akan mengiringi kumpulan ini sebaik sahaja mereka tiba di Melaka.

Konvoi ini telah dilepaskan oleh Encik Awaluddin Bin Md. Lip.

GALERI GAMBAR

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply