Category: HLYM
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah mengesahkan harga terkini motosikal mereka dengan 0% GST. Motosikal baharu mereka kini bermula dari harga RM5,234.00 hingga RM48,801.00. Ini adalah masa yang paling sesuai untuk mendapatkan sebuah motosikal seperti Yamaha MT-09 2018 yang kini pada harga RM44.473.00.
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dengan secara rasminya telah memperkenalkan skuter Yamaha XMax 250 2018. Berkongsi DNA yang sama dengan TMax, skuter XMax 250 ini telah dilengkapkan dengan sebuah enjin satu silinder 250cc yang menghasilkan 22.5hp dan 24.3Nm tork. HLYM telah menetapkan harga bagi skuter Yamaha XMax 250 2018 ini pada RM22,498.50 (harga asas beserta…
Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah Yamaha Super Ténéré merupakan sebuah nama yang berlegenda. Ia melambangkan sebuah motosikal kembara yang teguh, boleh diharap dan mampu untuk ke mana sahaja. Motosikal ‘Super Ten’ ini dilengkapi dengan suspensi elektronik dari tahun 2016 ke atas, model yang diuji adalah model tahun 2015.
Motosikal Yamaha MT-09 telah menjadi pilihan popular bagi mereka yang inginkan sebuah motosikal besar yang agresif semenjak dari pelancarannya. Motosikal MT-09 yang baru telah diubah rupa parasnya dan diberikan ciri-ciri peningkat prestasi. Ditetapkan harganya pada paras yang menggiurkan RM47,388 (termasuk 6% GST tetapi tidak termasuk insurans dan cukai jalan).