Sebagai salah satu cara mereka mengiktiraf dan menghargai para pemilik dan kelab pemilik Harley-Davidson di Malaysia, Harley-Davidson Petaling Jaya telah menjadi tuan rumah untuk acara konvoi dan pelbagai aktiviti. Kumpulan terkini yang telah berhimpun di HDPJ adalah Kingz MG sewaktu konvoi mereka menuju ke Pantai Timur. HDPJ telah memberi sokongan kepada konvoi ini dengan memberikan…
Category: Harley Davidson
Harley-Davidson Petaling Jaya telah menganjurkan HOG PJ Breakfast Ride ke Kodai Sarapan D’Sawah di Kuala Pilah semalam. Sekitar 80 orang penunggang ahli kumpulan HOG PJ telah menyertai keraian ini. Destinasi sarapan pagi yang terkenal itu telah dipilih atas sebab makanannya yang hebat dan terletak berdekatan dengan sawah padi yang cantik, dikelilingi latar belakang yang bergunung-ganang.
Motosikal cruiser elektrik Harley-Davidson LiveWire 2019 telah dipratontonkan kepada orang awam sebelum pelancaran rasminya pada tahun hadapan. Motosikal elektrik pertama keluaran sepenuhnya jenama tersebut adalah salah satu dari pelbagai model yang akan dikilangkan dari sebahagian daripada evolusi besar-besaran mereka. Tiada maklumat jelas mengenai pengeluaran model LiveWire telah diberikan buat masa ini.
Harley-Davidson baharu sahaja melancarkan motosikal power cruiser terkini mereka, Harley-Davidson FXDR 114 tahun 2019. Jentera berinspirasikan motosikal drag bike serba baharu ini bertumpukan kepada kuasa, prestasi, dan kebolehtunggangan dengan enjin 1,868cc Milwaukee-Eight™ dan beratnya yang ringan. Motosikal Harley-Davidson FXDR 114 tahun 2019 ini telah ditetapkan harganya bagi pasaran Amerika Syarikat bermula dari $21,349 (sekitar RM87,405).
Kumpulan pemilik Harley-Davidson Petaling Jaya, HOGPJ, telah menganjurkan satu tunggangan bagi menikmati satu hidangan yang istimewa pada hujung minggu lalu. Hampir 100 orang peserta telah menyertai satu konvoi ke Segamat, Johor yang terkenal dengan udang galah. Tunggangan kali ini telah dikawal selia dengan mahir sekali dari awal sehingga ke penghujungnya.