Henry Crew telah memulakan perjalanannya untuk menjadi penunggang paling muda menunggang mengelilingi dunia atas tujuan amal. Penunggang British berusia 22 yahun itu akan melakukan tunggangan tersebut di atas sebuah motosikal Ducati Scrambler Desert Sled dalam masa 232 hari. Dia juga berharap dapat meraih £35,000 (RM190,656) pada penghujung tunggangannya itu untuk “Movember Foundation”.
Category: ducati
Sebuah motosikal Ducati Panigale V4 2018 telah terbakar pada minggu lalu di Kanada. Puncanya masih belum diketahui, apa yang diketahui adalah penunggangnya menunggang motosikal tersebut seperti biasa apabila motosikal tersebut dijilat api. Ducati North America dengan pantas bertindak dan pemeriksaan kini sedang dijalankan bagi memastikan yang ini adalah sebuah kes yang terpencil.
Ducati Monster akan menyambut ulang tahun ke-25nya pada tahun ini dan kami telah terdengar khabar bahawa Ducati Monster 821 2018 akan tiba pada bulan Jun ini. Motosikal Ducati Monster yang pertama telah dihasilkan pada tahun 1993 sewaktu motosikal Monster 900 dikeluarkan dari kilangnya. Tahun ini, mereka akan meraikan motosikal Monster ini dengan motosikal lumba naked…
Terdapat sebuah pasaran bagi motosikal replika China yang sedang pesat membangun di negara-negara seperti Pakistan. Sigma Motorsports telah merebut peluang keemasan ini menyediakan pelbagai jenis motosikal replika. Motosikal-motosikal seperti Ducati 848, BMW S 1000 RR, KTM Duke, Honda CBR250R dan bermacam-macam lagi dijual di Pakistan dalam versi berkapasiti kecil.
Kebanyakan jenama Eropah menyaksikan peningkatan positif bagi tahun 2017. Peraih terbesar adalah BMW, KTM, Piaggio, dan Triumph (mengikut turutan huruf). Adakah ini kemunculan semula motosikal Eropah menandingi kekuasaan pengeluar dari Jepun?
Dua buah unit motosikal Ducati 1299 Panigale Final Edition 2017 telah pun tiba di Malaysia pada awal hari ini. Salah sebuah daripada motosikal tersebut telah pun dijual manakala sebuahnya lagi masih sedia menanti pemilik barunya. Ditetapkan pada harga RM339,999 (harga asas beserta GST), motosikal Final Edition ini boleh didapati di Ducati Malaysia di Petaling…
Sebuah video YouTube terbaru yang telah dimuatnaik oleh Mich Motorcycle mengatakan bahawa sebuah skuter Ducati yang baru mungkin akan dilancarkan pada penghujung tahun 2018. Imej yang telah dihasilkan itu telah mempamerkan satu kemungkinan sebuah skuter Ducati yang diterapkan dengan pengayaan Multistrada. Ducati pernah mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan sebuah skuter dan motosikal elektrik menjelang tahun…
Pasukan pengilang Ducati bagi siri perlumbaan WorldSBK telah menyingkap tirai di sebalik jentera perlumbaan Ducati Panigale V-Twin yang terkini serta terakhir bagi model berkenaan. Jentera janaan enjin Superquadro L-Twin 1198cc akan beraksi buat kali terakhir pada musim ini bersama dengan penunggang utama mereka, Chaz Davies dan Marco Melandri. Bermula pada tahun 2019, Ducati akan…
Motosikal Ducati Panigale V4 R 2019 telah dilihat sedang diuji di Jerez bersama dengan pasukan pengilang Ducati WorldSBK. Dibina untuk perlumbaan dan bagi mematuhi peraturan baru WorldSBK, varian R ini akan menggunakan enjin V4 1,000cc. Motosikal Panigale V4 R ini dijangka akan dilancarkan dalam bulan Julai sewaktu “World Ducati Week 2018”.