Pusingan akhir bagi “Proton 1-Tank Adventure 2018” telah berakhir pada hujung minggu lalu. 31 buah kereta Proton telah menamatkan perjalanan sejauh 700km dari Kulai, Johor, menuju ke Seberang Perai, Pulau Pinang. Cabarannya adalah untuk memandu sejauh jarak tersebut dengan hanya satu tangki penuh bahanapi dan ke semua kereta berjaya menamatkan perjalanan tersebut.
Category: contest
BHPetrol sedang mengadakan peraduan “eCard Pump & Swipe” bagi pengguna kad setia eCard mereka. Dengan pembelian minimum produk bahanapi sebanyak RM30, para peserta berpeluang memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM5,000. Peraduan ini telah bermula dari 1 April 2018, dan akan berterusan sehingga 30 April 2018.
Pertandingan pembinaan motosikal Bakat Besi telah membuat keputusan akhir mereka dalam pemilihan 12 perekabentuk dan pengubahsuai motosikal bagi Peraduan Reka & Bina. Dianjurkan oleh R8der, sebuah jenama prestasi dan gaya hidup di bawah naungan Modenas, enam pasukan akan bertanding sesama sendiri untuk membina motosikal buatan khas Modenas Pulsar RS200, NS200 dan V15 yang terbaik. Tiga…
HJC Helmet Malaysia akan menghadiahkan sebuah helmet ‘open-face‘ HJC IS-33 serba baru kepada seorang pemenang bertuah dengan komen yang paling kreatif dan terbaik sebagai hadiah terakhir peraduan Facebook mereka. Topik terakhir telah pun dimuat naik di laman Facebook MotoMalaya dan Bikes Republic dan komen terbaik akan dipilih sebagai pemenang hadiah helmet HJC IS-33 beserta…
Petronas Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) baru sahaja melancarkan sebuah peraduan Pengejar Impian Facebook bermula sekarang sehingga 8 Disember 2017. Tiga warganegara Malaysia yang bertuah dengan kisah penuh inspirasi yang terbaik akan berpeluang untuk memenangi bekalan minyak pelincir Petronas Sprinta dan Primax selama setahun. Kempen peraduan ini telah diadakan sebagai salah satu cara bagi Petronas…
Juara bagi pertandingan “Castrol Bike Mechanic Contest 2017” akan mewakili Malaysia dalam pusingan akhir peringkat Asia-Pasifik. Hanya 3 orang pemenang telah dipilih daripada 800 orang peserta. Pusingan akhir peringkat ASi-Pasifik akan diadakan di Pattaya, Thailand dalam bulan November.