Bugatti menggunakan teknologi cetakan 3D bagi menghasilkan angkup brek titanium ini. Cetakan 3D menghasilkan bahagian rumit yang tidak dapat dicanai atau tempa. Bugatti telah memuatnaik sebuah video demonstrasi menunjukkan kebolehan angkup ini menangani daya henti yang keras dan haba melampau.
Category: brake
Brek kerap kali disalahguna – ianya bukan sahaja untuk menghentikan motosikal. Sistem brek moden wujud untuk membantu penunggang dengan pelbagai cara. Menjadi tanggungjawab penunggang untuk menggunakkannya dengan betul.
Sekumpulan penunggang motosikal telah memulakan satu inisiatif bagi menangani isu kecurian kelengkapan motosikal yang semakin meningkat. Satu borang Kajiselidik Google telah dibuat bagi mengumpulkan seberapa banyak maklumat yang boleh bagi membanteras jenayah ini. Maklumat yang telah dikumpul kemudiannya akan diserahkan kepada pihak berkuasa dengan harapan yang jenayah ini dapat ditangani sebaik mungkin.
Husqvarna menyertai senarai pengeluar yang terjejas akibat panggilan semula silinder utama Brembo di seluruh dunia. Silinder utama radial PR16 mereka yang amat popular itu sering digunakan bersama angkup Brembo M50 dan didapati cenderung untuk merekah. Ke semua model Husqvarna FS 450 Supermoto yang dikilangkan dari tahun 2015 hingga 2018 telah terjejas akibatnya.
KTM Malaysia telah mengesahkan arahan yang dikeluarkan oleh Ibu pejabat KTM di Austria. Motosikal yang terjejas adalah sesetengah unit tertentu dalam rangkaian 1290 Super Duke. Pihak KTM akan menghubungi semua pemilik motorsikal yang disahkan dalam masa yang terdekat.
Terdapat pelbagai kompaun pad brek yang berbeza tersedia di dalam pasaran. Setiap satu memberikan gaya pembrekan yang berbeza. Dapatkan jenis yang sesuai dengan gaya penunggangan serta kegunaan motosikal anda.
ABS (Antilock Brake System) kini merupakan kelengkapan yang penting pada sebuah motosikal. Ianya membolehkan penunggang untuk mengenakan tekanan pembrekan maksimum tanpa menguncikan tayar. Teknologi ABS juga telah berevolusi sehingga ke satu tahap yang membolehkan kefungsian tambahan.
Pengoperasian sistem brek hidraulik cukup mudah untuk difahami. Ianya terdiri daripada beberapa bahagian utama. Walau bagaimana pun, berikan perhatian kepada bendalir serta hos brek anda.
MV Agusta telah menjadi pengeluar yang terbaru terjejas akibat panggilan semula silinder utama Brembo yang sedang berjalan di Amerika Syarikat. Hanya 27 buah unit motosikal MV Agusta F4RR dan F4 RC yang telah dikenalpasti dan MV Agusta US telah memaklumkan pemiliknya. Tiada lagi sebarang berita dari MV Agusta Malaysia berkenaan sama ada panggilan semula ini…