MV Agusta Menjadi Pengeluar Terbaru Terjejas Akibat Panggilan Semula Silinder Utama Brembo Di Amerika Syarikat

  • MV Agusta telah menjadi pengeluar yang terbaru terjejas akibat panggilan semula silinder utama Brembo yang sedang berjalan di Amerika Syarikat.
  • Hanya 27 buah unit motosikal MV Agusta F4RR dan F4 RC yang telah dikenalpasti dan MV Agusta US telah memaklumkan pemiliknya.
  • Tiada lagi sebarang berita dari MV Agusta Malaysia berkenaan sama ada panggilan semula ini menjejaskan motosikal di dalam negara kita.

Panggilan semula Brembo baru-baru ini bagi unit silinder hadapan utama radial PR16 mereka yang teramat popular itu telah disertai oleh satu lagi pengeluar di Amerika Syarikat iaitu MV Agusta. Pengeluar motosikal premium Itali tersebut telah mengeluarkan satu notis rasmi yang hanya menjejaskan 27 buah unit motosikal MV Agusta F4 RR dan MV Agusta F4 RC yang dibina pada tahun 2015 hingga 2016.

Ini boleh dianggap sebagai satu panggilan semula kecil-kecilan berbanding jumlah motosikal yang terjejas di Amerika Syarikat namun mengetahui kesungguhan MV Agusta dalam memastikan segala-galanya dalam keadaan sempurna, panggilan semula ini adalah bagi keselamatan pengguna mereka. Segala kerja penggantian silinder plastik ke varian aluminium itu akan dilakukan secara percuma.

Bagi mereka yang masih belum maklum akan berita ini, satu panggilan semula besar-besaran Brembo sedang berjalan di Amerika Syarikat. Ianya berlaku oleh kerana Brembo telah mengesan satu kecacatan dalam proses pengilangannya yang telah menjejaskan unit silinder hadapan utama radial PR16 mereka. Kelengkapan ini merupakan sebuah kelengkapan pada sistem brek hadapan mereka yang amat popular yang sering kali boleh dijumpai bersama dengan angkup Brembo M50.

Diperbuat menggunakan bahan plastik dinamakan polimer ‘polyphenylene sulphide’, silinder brek hadapan 15mm dan 16mm ini dikatakan cenderung untuk merekah yang mana ianya bukannya akibat penggunaan bahan tersebut tetapi lebih kepada proses pembuatannya yang boleh menyebabkan keretakan atau kerosakan brek.

Selain itu, Brembo juga turut mengeluarkan satu kenyataan rasmi mengenai hal ini dan buat setakat ini, ianya hanya menjejaskan pasaran Amerika Syarikat. Tiada sebarang berita yang mengenai isu ini terjadi di Malaysia dan ianya juga satu khabar baik bagi mereka yang membeli unit tersebut sebagai kelengkapan selepas jualan kerana ianya juga tidak terjejas akibat panggilan semula ini.

Sebelum MV Agusta, Ducati dan Aprilia juga turut mengeluarkan panggilan semula rasmi berkaitan dengan masalah ini dan kami kini sedang menunggang sebarang perkembangan lanjut mengenainya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai panggilan semula Ducati dan Aprilia di Amerika Syarikat, tekan pautan mengenai di bawah ini.

Panggilan Semula Brek Brembo Dikeluarkan Di Amerika Syarikat Untuk Ducati Dan Aprilia?

Buat sementara waktu, teruskan setia bersama kami di MotoMalaya untuk perkembangan terkini dunia permotoran.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]