BMW Motorrad telah memperkenalkan sebuah casis cetakan 3D BMW S 1000 RR. Keseluruhan casis dan lengan ayunnya telah dibina menggunakan teknologi cetakan 3D dipanggil “Additive Manufacturing”. Bahagian-bahagian tiga dimensi yang diperbuat dari plastik dan keluli dibentuk lapis demi lapis boleh dibina dengan lebih pantas dan pada masa yang sama mengekalkan kualitinya.
Category: BMW
BMW Motorrad Nightfuel Putrajaya 2018 telah berlangsung pada hujung minggu lalu. BMW Motorrad Malaysia telah memperagakan kelengkapan menunggang serta aksesori terbaru untuk motosikal BMW dan R nineT. Acara tersebut juga dipenuhi dengan aktiviti cabutan bertuah, persembahan kugiran serta jamuan yang hebat.
Motosikal konsep BMW R1250 Global Sport Concept ini telah direka oleh Oberdan Bezzi. Direka sebagai sebuah jentera kembara yang lebih sporty, motosikal BMW R1250 ini mempunyai gaya yang lebih agresif dan lebih rendah. Dijana oleh enjin boxer sejukan udara 1,250cc, meredahi mana-mana muka bumi akan menjadi lebih mudah dan pantas.
Millennium Welt dan BMW Motorrad Malaysia telah membuka wakil pengedar BMW Motorrad pertama di Negeri Sembilan. Terletak di Seremban, ianya wakil pengedar BMW Motorrad ke-11 di Malaysia. Penggemar dari kawasan berhampiran kini boleh melihat sendiri motosikal terkini BMW tanpa perlu pergi jauh.
Terdapat sebuah pasaran bagi motosikal replika China yang sedang pesat membangun di negara-negara seperti Pakistan. Sigma Motorsports telah merebut peluang keemasan ini menyediakan pelbagai jenis motosikal replika. Motosikal-motosikal seperti Ducati 848, BMW S 1000 RR, KTM Duke, Honda CBR250R dan bermacam-macam lagi dijual di Pakistan dalam versi berkapasiti kecil.
Kebanyakan jenama Eropah menyaksikan peningkatan positif bagi tahun 2017. Peraih terbesar adalah BMW, KTM, Piaggio, dan Triumph (mengikut turutan huruf). Adakah ini kemunculan semula motosikal Eropah menandingi kekuasaan pengeluar dari Jepun?
Motosikal BMW S 675 R Concept ini telah dilakar oleh pereka industrial Nicolas Petit. Terdapat hanya segelintir sahaja pengeluar yang masih menghasilkan motosikal 600cc. BMW belum mengumumkan sama ada mereka akan menjinakkan diri dalam segmen supersport 600cc.
Satu gambar intipan yang menunjukkan sebuah motosikal yang mungkin sekali adalah motosikal dwi-sukan BMW F 850 GS 2019 yang sedang diuji. Walaupun model 2018 motosikal tersebut baru sahaja dilancarkan pada bulan November yang lalu, model yang baru ini dilihat ada beberapa perbezaannya. Model yang dikemaskini itu dijangka bakal diperkenalkan menjelang hujung tahun ini.