BMW S 675 RR Concept oleh Nicolas Petit

  • Motosikal BMW S 675 R Concept ini telah dilakar oleh pereka industrial Nicolas Petit.
  • Terdapat hanya segelintir sahaja pengeluar yang masih menghasilkan motosikal 600cc.
  • BMW belum mengumumkan sama ada mereka akan menjinakkan diri dalam segmen supersport 600cc.

Untuk mengatakan bahawa BMW Motorrad telah melakukan tugas yang baik dengan motosikal supersport S 1000 RR adalah satu kenyataan yang agak merendah diri. Model berkenaan terus mendapat sambutan yang hangat, meskipun BMW tidak bersaing sama ada dalam siri perlumbaan MotoGP mahu pun WSBK, serta dengan segmen supersport yang semakin mengecil.

Kelarisannya itu mungkin sekali disebabkan kerana ianya sebuah motosikal BMW dan dilengkapi dengan pelbagai teknologi motosikal yang terkini, selain pada harga yang menandingi motosikal superbike Jepun.

Bagaimana pun, terdapat satu jurang yang besar dalam segmen 600cc, yang mana ianya telah diabaikan oleh hampir ke semua pengeluar kecuali segelintir daripadanya. Di mana motosikal supersport 1000cc lebih menarik minat ramai dengan keluaran kuasanya yang lebih besar dan juga kerana spesifikasinya, ianya jauh lebih menyeronokkan untuk menunggang motosikal supersport 600cc dalam keadaan dunia sebenar.

Sekiranya BMW berminat, sudah ada lakaran konsepsual sebuah S 675 RR (atau, apa cc sekalipun) yang telah dihasilkan oleh pereka industrial bebas, Nicolas Petit, untuk Wunderlich.

Lakaran konsep Petit mengikuti garis yang sama pada S 1000RR dan ianya cukup mudah untuk dikenali. Namun, apa yang paling kami sukai adalah keringkasannya, membuang segala bahagian yang tidak diperlukannya, meninggalkan hanya bahagian yang mempunyai fungsi.

Petit juga telah menghasilkan ‘penggayaan’ motosikal naked konsep, S 675 R, dan motosikal sport-tourer konsep, S 675 XR.

BMW Motorrad pernah dilihat menguji apa yang kelihatan seperti motosikal S 1000 RR baru bagi 2018 dan 2019, namun, adakah mereka akan menjinakkan diri dalam kategori 600cc? Pasaran motosikal dunia agak lembab kebelakangan ini dan semakin ramai pembeli sedang mencari motosikal berkapasiti lebih kecil. Selain itu, BMW Motorrad sering kali berjaya mengatasi jualan para pesaing mereka.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply