MINI Malaysia Perkenalkan Kereta MINI Countryman Plug-in Hybrid Yang Baru! [+Video]


MINI Malaysia telah memperkenalkan kereta MINI Countryman Plug-in Hybrid yang baru, varian Plug-in Hybrid pertama bagi SAV (Sports Activity Vehicles – Kenderaan Aktiviti Sukan) premium dari MINI.

Encik Kidd Yam, Ketua MINI Malaysia (gambar utama, kanan) berkata, “Generasi kedua MINI Countryman telah mendapat sambutan hangat di dalam negara sewaktu kami memperkenalkannya pada bulan April tahun lalu. SAV premium yang serba boleh ini juga telah memainkan peranan yang penting dalam kisah prestasi yang memecah rekod kami dalam penjualan 1,011 buah kenderaan pada tahun lalu, yang mana merupakan satu pertumbuhan sebanyak 12 peratus berbanding 2016 di mana kami telah menjual 902 buah kenderaan. Pencapaian ini telah menjadikan kami jenama kedua paling pesat membangun dalam segmen premium Malaysia dan kami sedang berada di landasan yang baik sebagai jenama ketiga terbesar dalam segmen ini.”

Encik Kidd juga telah menambah bahawa kereta MINI Countryman terbaru ini juga telah mencapai perkadaran lima bintang dalam ujian kemalangan NCAP Eropah. Prosedur ujikaji yang ketat itu telah mengesahkan yang kereta MINI serba boleh yang luas ini, yang juga direka untuk dipandu atas laluan yang lebih kasar, memberikan tahap perlindungan yang menakjubkan dalam pelbagai keadaan.

Sashi Ambi, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat, BMW Group Malaysia (gambar utama, kiri) pula telah berkata, ” Kami berasa amat berbesar hati dapat memperkenalkan satu lagi kenderaan premium dalam portfolio “Mobility of the Future”, di Malaysia ini. Ia bertambah istimewa kerana ianya yang pertama dalam jenama MINI dan akan mempamerkan lagi kepakaran kami dalam menggunakan teknologi terkini bagi industri automtofi premium.”

Ambi juga telah berkata yang MINI merupakan perintis dalam kenderaan elektrik untuk lebih daripada satu dekad dengan kereta MINI E yang telah digunakan sebagai ujikaji untuk tingkah laku pengguna dan kenderaan. Kereta MINI Countryman Plug-in Hybrid terbaru ini berkongsi penemuan pembangunan terkini dalam kenderaan elektrik di dalam negara. Saksikan video kereta MINI Countryman PHEV yang baru di bawah.

MINI Countryman Plug-in Hybrid baru: Lincah, Serba boleh, Mengujakan….

Tidak terlalu ketara, namun, pada masa yang sama, jelas sekali menunjukkan sifat perintis bentuk pacuan kereta ini, dengan lencana khusus model “e” yang ketara pada sisi badan dan “S” berwarna kuning pada inskripsi model di bahagian belakang kereta serta pada grill radiator dan kemasan ambang pintu. Selain itu, kereta MINI Countryman Plug-in Hybrid terbaru ini dilengkapi dengan kit badan luar All4, “MINI Yours Masterpiece” 19 inci, beserta port pengecas dengan penutup di sebelah kiri badan kereta.

Di bahagian dalamannya, kereta MINI Countryman Plug-in terbaru ini bercirikan “MINI Yours Walknappa Leather Steering Wheel”. Kemasan mewah melengkapkan aura buatan tangan dengan jahitan kontra kerja tangan berwarna aluminium. Pemapar Skrin Sesentuh resolusi tinggi 6.5″ pada “Mini Centre Instrument” merumahkan teknologi terkini yang meletakkan sejumlah maklumat navigasi di hujung jari pemandu. Teknologi skrin sesentuhnya menyokong sentuhan pelbagai dengan kebolehan ‘pinch to zoom-in’ untuk peta dan menaip.

MINI Countryman Plug-in Hybrid ini juga bercirikan butang eDrive yang membolehkan pemandu untuk memilih beberapa mod pemanduan elektrik yang berbeza: mod eDrive AUTO standard, mod eDrive MAX elektrik sepenuhnya, dan mod SAVE BATTERY, yang mana status pengecasan bateri bervoltan tinggi itu dikekalkan pada tahap yang malar.

Dalam mod eDrive AUTO, sistem pengurusan tenaga pintar mengkoordinasikan interaksi ke semua komponen pacuan dengan motor elektrik bagi menggabungkan kecekapan sebaik mungkin dengan keterujaan pemanduan yang hebat, di samping meningkatkan jangkauan elektrik. Sebagai contoh, sekiranya status pengecasan bateri berada di antara 100% dan 7%, pemandu boleh memandu sehingga 80km/j – bebas dari emisi lokal tanpa menggunakan sebarang bahanapi. Pada kelajuan yang lebih tinggi, enjin petrol akan hidup secara automatik. Bagi keluaran kuasa maksimum, motor elektrik akan membantu enjin petrol sebagai eBoost.

Dalam mod eDrive MAX, pemandu dapat menikmati pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga kelajuan 120km/j. Jarak dekat boleh direntasi atas kuasa elektrik semata-mata dengan jangkauan jarak sehingga 40km. Mod SAVE BATTERY pula boleh digunakan sewaktu status pengecasan bateri berada pada tahap yang rendah. Mod ini membolehkan bateri untuk dicas oleh enjin petrol atau membolehkan status pengecasan untuk dikekalkan pada tahap 90%. Dalam mod ini, ianya akan lebih menggunakan enjin petrol.

Sistem MINI eALL4 memainkan peranan dalam menzahirkan pengalaman pemanduan MINI Go-Kart yang menjadi tanda pengenalan jenama ini. Pacuan semua roda ALL4 ini dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Dinamik yang membahagikan daya dorongan enjin ke kedua-dua gandar. Enjin petrol mendorong gandar roda hadapan manakala motor elektrik mendorong gandar roda belakang. Sistem ALL4 ini membantu dalam mengatasi ‘oversteer’ dan ‘understeer’ dan juga memastikan dorongan maksimum. Ini bermakna ia mempunyai cengkaman yang hebat dalam apa jua permukaan jalan, kestabilan maksimum, serta penyelekohan yang lebih mengujakan. Dengan sistem MINI eALL4 ini, cengkaman padu terjamin, di mana mod Max eDrive mengaktifkan pacuan roda belakang, mod SAVE BATTERY mengaktifkan pacuan roda hadapan, dan mod AUTO eDrive dengan eBoost akan mengaktifkan pacuan empat roda.

Sebagai yang pertama seadanya dalam keluarga MINI, MINI Countryman Plug-in Hybrid terbaru ini secara efektifnya telah menawarkan enjin petrol bagi memacu roda hadapan dan sebuah motor elektrik bagi memacu roda belakang. Dengan transmisi automatik enam kelajuan, MINI terbaru ini mampu menghasilkan 224hp dan 385Nm tork, dan dengan itu menjadikannya model MINI dengan daya tork paling besar dalam rangkaiannya. MINI Countryman Plug-in Hybrid ini memecut dari 0 ke 100km/j dalam masa 6.8 saat, mencapai kelajuan maksimum sehingga 198km/j dan pada masa yang sama, hanya menggunakan purata 2.1 liter bahanapi bagi setiap 100km. Ia juga menawarkan rangkaian pemanduan elektrik keseluruhan sehingga 42km dengan kelajuan maksimum sehingga 120km/j.

MINI Countryman Plug-in Hybrid ini boleh dicas di rumah dengan menyambungkannya ke soket kuasa menggunakan ‘Home Charging Cable’ selama 5 jam (230V), bergantung kepada voltan grid kuasa rumah, atau di salah sebuah daripada 270 fasiliti pengecasan awam di seluruh negara selama 3.15 jam (230V), bergantung kepada voltan grid stesen pengecasan awam.

Sebagai ganjaran untuk pemilik MINI Countryman Plug-in Hybrid baru, MINI Malaysia akan turut memperkenalkan tawaran ChargeNow, yang akan disertakan dengan “MINI Public Charging Cables”, dan juga langganan satu tahun percuma pengecasan tanpa had di ke semua 270 stesen ChargeEV. Kombinasi warna badan dan bumbung yang ditawarkan bagi MINI Countryman baru ini adalah Chili Red, British Racing Green, Thunder Grey, Light White, dan Melting Silver dengan bumbung Hitam; dan dalam Island Blue dengan bumbung Putih.

Tambahan pula…

MINI Roadside Assistance

Kereta MINI Countryman Plug-in Hybrid ini dilindungi dengan program Roadside Assistance MINI Malaysia selama lima tahun, boleh didapati untuk ke semua kenderaan MINI baru dengan senarai perkhidmatan yang komprehensif, termasuklah talian kecemasan 24-jam, 365-hari-setahun, “Accident” dan “Help on the Phone” dan “On the Spot”,”Free Towing Services”, dan, sekiranya perlu (lebih daripada 200km dari rumah), “Replacement Vehicle”, “Seamless Mobility”, “Accommodation”, “Mobility Services Solutions”, serta perkhidmatan “Repatriation”.

Tambahan pula, varian plug-in hybrid baru bagi MINI Countryman ini juga ditawarkan dengan waranti bateri yang sah sehingga enam tahun atau 100,000km.

Program MINI Roadside Assistance ini boleh dicapai dengan menghubungi 1800-88-8808.

Perkhidmatan Atas Talian MINI

Membuat temujanji penyelenggaraan kini dimudahkan lagi. Program perkhidmatan atas talian yang baru ini akan membolehkan pengguna untuk menjadualkan penyelenggaraan kereta mereka secara terus di Wakil Pengedar Sah MINI pilihan mereka melalui laman www.service.mini.my.

Pembiayaan MINI

MINI Countryman Plug-in Hybrid baru yang dipasang dalam negara ini akan boleh didapati dengan satu rangkaian pembiayaan pilihan seperti berikut:

  • MINI Balloon Financing
  • MINI Straight-Line Financing
  • MINI Full Circle Programme
  • MINI Step-Down Financing

MINI Countryman Plug-in Hybrid boleh didapati di ke semua wakil pengedar sah MINI di seluruh negara bermula dari 6 April 2018. Untuk maklumat lanjut mengenai kereta MINI Countryman Plug-in Hybrid ini, sila layari laman sesawang https://www.mini.my/.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.