Motosikal BMW R nine T Scrambler adalah pertaruhan BMW Motorrad dalam ‘revolusi scrambler”. Ia berkongsi casis dan kejuruteraan enjin yang sama seperti model R nine T yang lain. Namun begitu ianya dihasilkan untuk penunggangan ‘off-road’ yang ringan.
Category: BMW
Tuan-tuan dan puan-puan, mempersembahkan BMW X7 pertama di dunia yang menggabungkan karisma, eksklusiviti dan kelapangan sebuah model mewah bersama sifat-sifat memandu yang lincah dan serba boleh sebuah Kenderaan Aktiviti Sukan atau ‘Sports Activity Vehicle’ (SAV).
Motosikal superbike BMW S 1000 RR 2019 telah dilihat sedang menjalani ujian jalan raya. BMW Motorrad telah mengeluarkan satu video teaser beberapa hari selepas motosikal itu dilihat sedang diuji. Motosikal baharu itu akan diperkenalkan di acara pertunjukan motosikal EICMA pada bulan November nanti.
Edisi kelima acara BMW Motorrad Nightfuel telah diadakan di Puteri Harbour, Johor Bahru. BMW Motorrad Malaysia telah melancarkan model F 850 GS sewaktu acara tersebut. Hampir 600 orang penunggang dan penggemar motosikal telah mengambil bahagian.
Auto Bavaria BMW Motorrad telah menganjurkan sebuah konvoi buat para pemilik R nineT ke acara Distinguished Gentleman’s Ride 2018 di Melaka. Tiga puluh orang penunggang telah mengambil bahagian dalam tunggangan ini. Terdapat pelbagai aktiviti menyeronokkan telah diadakan selain daripada tunggangan tersebut buat para peserta.
Millennium Welt kini mempunyai sebuah bilik pameran BMW Motorrad baharu di Kuantan. Ini di samping bilik pameran kenderaan BMW mereka yang sedia ada. Fasiliti baharu ini disediakan bagi memberi perkhidmatan buat pelanggan BMW di wilayah Pantai Timur.
Pesta penunggang terulung BMW Motorrad Malaysia – BMW Motorrad Nightfuel kini telah kembali. Untuk kali ini, ianya bakal diadakan di Puteri Harbour Front, Johor. Ada sumber-sumber yang membayangkan bahawa model F 850 GS bakal dilancarkan sewaktu acara ini.
Musim acara pameran motosikal telah bermula untuk tahun ini. Pelbagai pengeluar telah mempersembahkan model terbaru mereka sebelum bermulanya pertunjukan-pertunjukan ini. Namun, ada banyak lagi yang masih belum diperkenalkan.
BMW Motorrad dengan serta merta telah memperkenalkan secara rasmi model R 1250 GS dan R 1250 RT 2019 yang baharu. Kedua-dua buah motosikal ini akan dijana oleh enjin Boxer 1,254cc dengan Shift Cam baharu. Kedua-dua buah model ini juga akan dilengkapi dengan pelbagai penambahbaikan yang lain selain enjin tersebut.