PROTON telah memperkenalkan model terkini Proton Persona 2019 yang bakal mengambil alih pasaran kenderaan b-segmen di Malaysia. Seperti mana Proton Iriz 2019 telah dilancarkan pada minggu lepas, generasi ‘facelift’ terkini Proton Persona ini telah melalui 303 perubahan kritikal untuk menghasilkan sebuah pakej yang menarik dengan slogan “Intelligence That Cares”.
Category: BM
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah mengumumkan Nissan X-Trail Facelift 2019 baharu yang kini boleh ditempah. Jangkaan pelancaran rasmi adalah pada April 2019. Terdapat empat varian untuk pilihan anda iaitu tiga model Enjin Pembakaran Dalaman (ICE) dan satu model Hybrid baharu yang menggunakan enjin 2.0-liter (MR20DD) Hybrid bersama Twin CVTC (Continuous Variable-Valve Timing Control) dan…
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan model baharu, Mercedes-Benz E 350 AMG Line yang merupakan model W213 E-Class yang telah dinaik taraf di majlis pelancaran yang diadakan di Cylce & Carriage Petaling Jaya, hari ini. Dijual dengan harga RM399,888, Model E 350 AMG itu menyertai E 200 Sportstyle Avantgarde dan E 300 Exclusive Line yang turut…
Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (Perodua) mencatat penjualan hampir 37,400 kenderaan dalam tempoh dua bulan pertama tahun 2019 berbanding 34,800 yang dicatat dalam tempoh sama tahun lalu. Peningkatan sebanyak 7.3% itu dilakar ekoran terdapat permintaan tinggi terhadap semua model yang ditawarkan. “Peningkatan prestasi jualan adalah hasil daripada usaha kami untuk menambahbaik masa penghantaran kami,” kata…
Honda Malaysia baru sahaja mengumumkan bahawa model kompak SUV mereka iaitu Honda HR-V 2019 telah menerima tempahan lebih daripada 8,500 unit setakat ini. Dengan pelancaran rasmi pada Januari 2019, tempahan meningkat dan mereka berjaya mencapai sasaran tiga bulan dalam tempoh satu bulan sahaja dengan hampir 4,000 tempahan.
Proton Iriz 2019 baru sahaja dipratontonkan kepada pihak media Malaysia semalam di Proton Centre of Excellence (COE) semalam dah secara terus-terang, generasi terkini Proton Iriz memang nampak menarik. Model kali ini telah dikemaskini dan ditambahbaik dengan lebih 300 perubahan (367) yang akan menarik perhatian ramai rakyat Malaysia dengan reka bentuk dan kelengakapan baharu.
Pusingan ketiga Toyota Vios Challenge yang dijalankan hujung minggu lepas di Stadium Batu Kawan sempena Toyota Gazoo Racing Festival memberi pelbagai aksi-aksi menarik dari ketiga-tiga kategori perlumbaan dari Sporting, Super Sporting dan juga Promotional.
Honda Malaysia telah memperkenalkan dua model edisi terhad yang pasti akan menarik lebih ramai peminat kepada jenama pengeluar kereta terkemuka tersebut. Bagi 2019, Honda Jazz Mugen dan juga Honda BR-V Special Edition boleh didapati mulai sekarang.