Mercedes-Benz Lancar Model E350 AMG Di Malaysia

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan model baharu, Mercedes-Benz E 350 AMG Line yang merupakan model W213 E-Class yang telah dinaik taraf di majlis pelancaran yang diadakan di Cylce & Carriage Petaling Jaya, hari ini.

Dijual dengan harga RM399,888, Model E 350 AMG itu menyertai E 200 Sportstyle Avantgarde dan E 300 Exclusive Line yang turut sama menjalani penambahbaikan.

Model E 350 AMG didatangkan dengan enjin 2.0 liter turbocharged berkembar empat silinder yang mampu mencerna 299hp sekaligus berupaya mencapai 0 – 100km/h dibawah 5.9 saat.

Model baharu itu turut didatangkan dengan Pakej Bantuan Pemanduan yang merangkumi beberapa ciri-ciri keselamatan penting antaranya, sistem kamera 360 darjah, Bantuan Parking dan Keyless-Go. Kereta tersebut turut disertakan dengan DYNAMIC BODY CONTROL – suspensi boleh laras agar mudah dipadankan dengan gaya pemanduan pemandu.

 

Selain itu, E 350 AMG turut didatangkan dengan lampu hadapan LED Multibeam, rim tayar AMG 19 inci dan stereng yang telah dilitupi kulit Nappa.

Bukan itu sahaja, model baharu itu turut dilengkapi sistem thermotronic, bumbung solar panoramic, kerusi depan boleh laras, sistem hiburan, sistem bunyi Burmester, pengecas tanpa wayar termasuk Apple CarPlay dan Android Auto.

Berikut senarai harga bagi ketiga-tiga model:

Mercedes-Benz E350 AMG Line (RM399,880)

Mercedes-Benz E200 SPORTSTYLE Avantgarde (RM329,888)

Mercedes-Benz E300 Exclusive (RM379,888)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]