Nissan X-Trail Facelift 2019 diperkenalkan – Dari RM139,900

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah mengumumkan Nissan X-Trail Facelift 2019 baharu yang kini boleh ditempah. Jangkaan pelancaran rasmi adalah pada April 2019.

Terdapat empat varian untuk pilihan anda iaitu tiga model Enjin Pembakaran Dalaman (ICE) dan satu model Hybrid baharu yang menggunakan enjin 2.0-liter (MR20DD) Hybrid bersama Twin CVTC (Continuous Variable-Valve Timing Control) dan XTRONIC CVT (Continuois Variable Transmission).

Model X-Trail Facelift 2.0L Hybrid mampu menjana kuasa sebanyak 142hp pada 6,000rpm (39hp dari motor elektrik) dan 200Nm tork maksimum serendah 4,400rpm. Jarak perjalanan bagi setiap liter petrol? Serendah 16.1km/liter!

Varian-varian lain termasuk 2.5L 4WD, 2.0L 2WD MID dan 2.0L 2WD. Kesemua varian Nissan X-Trail Facelift 2019 telah berjaya memperoleh Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Kesemua varian 2.0-liter menghasilkan kuasa dan tork yang sama (142hp dan 200Nm) manakala varian 2.5L 4WD mampu menjana 169hp pada 6,000rpm dan 233Nm tork maksimum serendah 4,000rpm.

Generasi X-Trail terkini juga didatangkan dengan teknologi keselamatan terkini iaitu Nissan Intelligent Mobility seperti berikut:

  • Intelligent Forward Collision Warning (FCW)*
  • Intelligent Forward Emergency Braking (FEB)
  • Intelligent Cruise Control (ICC)*
  • High Beam Assist (HBA)*
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Blind Spot Warning (BSW)
  • Intelligent Around View Monitor (I-AVM) dengan Moving Object Detection (I-MOD)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Motion Power Tailgate

*Varian 2.5L 4WD dan 2.0L Hybrid sahaja

ETCM akan menawarkan Nissan X-Trail Facelift 2019 baharu pada harga seperti berikut (harga atas jalan tanpa insurans):

X-Trail 2.0L Hybrid – RM169,900

X-Trail 2.5L 4WD – RM159,900

X-Trail 2.0L 2WD MID – RM149,900

X-Trail 2.0L 2WD – RM139,900

Terdapat lima pilihan warna iaitu putih (Brilliant White), perak (Tungsten Silver), hijau (Titanium Olive), hitam (Diamond Black) dan Imperial Umber (baharu). Sempena pra-pelancaran, Nissan X-Trail Facelift baharu juga didatangkan dengan Servis Penyelenggaraan Berkala selama 2 Tahun atau 40,000km. 500 kenderaan pertama yang didaftarkan juga akan menerima hadiah eksklusif bernilai RM488. Penghantaran rasmi kenderaan dijadualkan bermula pada April 2019. Untuk maklumat lanjut, layari www.nissan.com.my.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.