Empat Pemenang Bertuah Bawa Pulang Model Honda 1 Million Dreams Edisi Terhad!

Honda Malaysia mengumumkan empat pemenang bertuah yang membawa pulang empat model khas Honda 1 Million Dreams edisi terhad di 1 Million Dreams Grand Finale yang berlangsung di perkarangan tapak letak kereta Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini. Empat pemenang tersebut; Shaiful Rezza Bin Abdul Razak, Chuah Sze Yong, Lim Lye-Gaik, Abdul Hakim Bin Mohd Radzi…

Harley-Davidson Malaysia Lancar Tiga Model 2021 – Dari RM89,900!

Harley-Davidson Malaysia melancarkan Low Rider S, Softail Standard dan Street Bob 114 yang merupakan model 2021 untuk pasaran tempatan. Harley-Davidson Street Bob 114 paling mencuri tumpuan apabila dinaik taraf dengan enjin Milwaukee-Eight 1,868cc di samping menjadi model Softail paling ringan. Enjin baharu ini menyaksikan Street Bob 114 2021 menawarkan 161.3Nm pada 3,000rpm. Street Bob 114…

Toyota Corolla Cross Kini Di Malaysia – Dari RM124,000!

UMW Toyota Malaysia (UMWT) melancarkan Toyota Corolla Cross serba baharu untuk pasaran tempatan. Untuk pasaran negara, Toyota Corolla Cross datang dalam dua varian, 1.8V dan 1.8G dan merupakan model CBU yang diimport dari Thailand dengan masing-masing ditawarkan dengan harga RM134,000 dan RM124,000. Bagaimanapun, menurut UMWT, model pemasangan tempatan CKD akan diperkenalkan sekitar hujung tahun ini….

Litar ‘Antarabangsa’ Bakal Dibina Di Langkawi Untuk 1,600 Pemilik Kereta Berkuasa Tinggi

Sebuah litar bertaraf antarabangsa bakal dibina di Bukit Malut, Langkawi dengan kerjasama Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan sebuah syarikat swasta. Perkara itu disahkan sendiri Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang turut menjelaskan ketika ini terdapat 1,600 pemilik kereta berkuasa tinggi di pulau itu. Katanya, kesemua pemilik tersebut tidak dapat menikmati kereta berkuasa itu…

MODENAS Pulsar RS200 Dengan Warna Baharu Bagi 2021 – RM9,990

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) memperkenalkan warna dan grafik baharu bagi motosikal popular, Pulsar RS200. Dilancarkan julung kalinya pada 2017, RS200 merupakan motosikal segmen 200cc yang paling mampu milik ditawarkan dalam pasaran. Bagi tahun 2021, Pulsar RS200 ini tampil dengan pilihan warna Pearl Metallic White, Pewter Gray serta Burnt Red. Aspek paling menonjol…

Tatacara Pemakaian Helmet Dan Pakaian Sesuai Jadi Fokus Advokasi BKJR,JPJ Dan MKJR

Bahagian Keselamatan Jalan Raya dan Penguatkuasaan (BKJR), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan kerjasama Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Putrajaya telah menjalankan program advokasi bertempat di laluan motosikal hentian sebelah Plaza Tol Puchong-Putrajaya. Program tersebut memfokuskan terhadap meningkatkan kesedaran serta pengetahuan orang awam mengenai kepentingan keselamatan jalan raya. Antara yang ditekankan dalam program tersebut adalah tatacara…

Ops Ekzos Bising Bukan Percubaan Kutip Duit – Ketua Polis Negara

Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang giat menjalankan operasi khas secara besar-besaran bagi memburu motosikal dengan ekzos yang telah diubah suai. Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menjelaskan bahawa operasi tersebut dijalankan bagi memastikan motosikal dengan ekzos bising ini tidak lagi mengganggu orang…

Nikmati Rebat Sehingga RM5,000 Bagi Setiap Pembelian Honda City Dan BR-V!

Sempena kempen ‘1 Million Dreams’, Honda Malaysia kini menawarkan rebat bernilai RM5,000 bagi setiap pembelian Honda City dan BR-V. Rebat istimewa ini merupakan tawaran tambahan daripada promosi kempen Honda 1 Milion Dreams. Menurut Honda Malaysia, orang ramai boleh menikmati rebat tunai, baucar servis dan baucar alat ganti bernilai sehingga RM5,000 bagi yang mendaftarkan City baharu…

Ikut Panduan JPJ Ini Jika Mahu Tukar Warna Kenderaan

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah memuat naik panduan bagi pemilik yang mahu menukar warna kenderaan. Menurut perkongsian itu pemilik hanya perlu mengikut langkah berikut sekiranya mahu menukar warna kenderaan. Tukar warna kenderaan Pemilik harus menukar warna kenderaan terlebih dahulu sebelum hadir ke pejabat JPJ. Kategori warna Jika kenderaan diwarnakan lebih dari satu warna, JPJ…