Ikut Panduan JPJ Ini Jika Mahu Tukar Warna Kenderaan

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah memuat naik panduan bagi pemilik yang mahu menukar warna kenderaan.

Menurut perkongsian itu pemilik hanya perlu mengikut langkah berikut sekiranya mahu menukar warna kenderaan.

  1. Tukar warna kenderaan

Pemilik harus menukar warna kenderaan terlebih dahulu sebelum hadir ke pejabat JPJ.

  1. Kategori warna

Jika kenderaan diwarnakan lebih dari satu warna, JPJ akan kategorikan warna kenderaan mengikut warna paling dominan (paling banyak).

  1. Borang JPJ K8

Pemilik dikehendaki mengisi butir-butir kenderaan dan serah kepada pegawai JPJ yang bertugas.

Pegawai tersebut kemudiannya akan mengemaskini maklumat ke dalam sistem MySikap.

  1. Proses percuma

Pemilik kenderaan tidak akan dikenakan sebarang bayaran sewaktu hadir ke pejabat JPJ bagi proses mengemaskini butiran kenderaan.

Mengikut Seksyen (12) APJ 1987, setiap pemilik kenderaan yang menukar warna kenderaan perlu memaklumkan kepada JPJ bagi memudahkan proses rujukan sekiranya berlaku kemalangan atau sebagainya terhadap kenderaan terbabit.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply