Empat Pemenang Bertuah Bawa Pulang Model Honda 1 Million Dreams Edisi Terhad!

Honda Malaysia mengumumkan empat pemenang bertuah yang membawa pulang empat model khas Honda 1 Million Dreams edisi terhad di 1 Million Dreams Grand Finale yang berlangsung di perkarangan tapak letak kereta Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Empat pemenang tersebut; Shaiful Rezza Bin Abdul Razak, Chuah Sze Yong, Lim Lye-Gaik, Abdul Hakim Bin Mohd Radzi masing-masing membawa pulang sebuah Honda Jazz, Honda Civic, Honda CRV dan Honda Accord edisi khas 1 Million Dreams.

Istimewanya, Honda Jazz tersebut merupakan model khas ditujukan kepada ‘frontliners’ sahaja sekaligus menyaksikan Shaiful Rezza muncul sebagai pemenang bertuah.

*Shaiful Rezza Bin Abdul Razak bawa pulang Honda Jazz 1 Million Dreams

Kempen Honda 1 Million Dreams merupakan inisiatif Honda Malaysia dalam menyampaikan tanda terima kasih terhadap rakyat Malaysia yang membantu mereka mencapai jualan 1 juta unit.

*Lim Lye-Gaik bawa pulang Honda CR-V 1 Million Dreams

Sempena kempen ini, Honda Malaysia menawarkan tujuh buah model khas yang terdiri daripada BR-V, HR-V, CR-V, Accord, Civic, Jazz dan City yang boleh dimenangi menerusi beberapa siri penyertaan yang telah pun ditutup pada 24 Mac lalu.

*Abdul Hakim Bin Mohd Radzi bawa pulang Honda Accord 1 Million Dreams

Sementara itu, baki tiga lagi pemenang yang bakal membawa pulang Honda BR-V, HR-V dan City akan diumumkan pihak Shopee, Cuckoo dan Watson yang merupakan rakan sama Honda Malaysia bagi kempen kali ini.

*Chuah Sze Yong bawa pulang Honda Civic 1 Million Dreams

Pada masa sama, orang ramai turut dijemput hadir ke karnival Honda 1 Million Dreams Grand Finale hari ini hingga esok bagi menikmati pelbagai aktiviti berupa ‘fun-fair’ yang berjalan seiring dengan ‘prosedur operasi standard’ ketat mengikut saranan kerajaan.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply