Tatacara Pemakaian Helmet Dan Pakaian Sesuai Jadi Fokus Advokasi BKJR,JPJ Dan MKJR

Bahagian Keselamatan Jalan Raya dan Penguatkuasaan (BKJR), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan kerjasama Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Putrajaya telah menjalankan program advokasi bertempat di laluan motosikal hentian sebelah Plaza Tol Puchong-Putrajaya.

Program tersebut memfokuskan terhadap meningkatkan kesedaran serta pengetahuan orang awam mengenai kepentingan keselamatan jalan raya.

Antara yang ditekankan dalam program tersebut adalah tatacara pemakaian helmet yang betul di samping memastikan helmet mengikut piawaian SIRIM.

Pada masa sama, pegawai JPJ yang berada disitu turut memberi peringatan untuk memakai pakaian yang sesuai semasa menunggang antaranya tidak memakai seluar pendek dan selipar.

Bukan itu sahaja, program tersebut turut menyaksikan orang ramai diberikan helmet baharu secara percuma dengan konsep tukar topi keledar lama dan tidak mengikut spesifikasi di samping mengedar risalah tentang tip keselamatan.