Suzuki kembali memasuki pasaran Malaysia degan Naza Eastern Motors Sdn Bhd dilantik pengedar rasmi baharu jenama Jepun itu. Perkara itu disahkan sendiri Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Naza Corp Holdings Group, SM Nasarudin SM Nasimuddin yang menyuarakan komitmen untuk menyediakan servis terbaik mengukuhkan jenama itu. “Adalah satu penghormatan buat kami untuk bekerja dengan gergasi…
Category: BERITA TEMPATAN
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
SYM VF3i 185 varian Limited Edition dan Pro telah diberi pengiktirafan sebagai motosikal paling selamat dengan penarafan lima bintang menerusi Program Penilaian Motosikal di Malaysia (MyMAP). Motosikal tersebut diiktiraf Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dengan kerjasama Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii). Difahamkan, aspek penilaian tersebut mengambil kira empat ciri utama membabitkan…
Isuzu D-Max serba baharu bakal dilancarkan dalam masa terdekat sekaligus melangkaui jangkaan kami yang sebelum ini dicanang akan diperkenalkan awal 2022. Ini menjadikan D-Max baharu ini akan mendarat di Malaysia selepas hanya 17 bulan dilancarkan di negara jiran, Thailand. Sempena pelancaran bulan ini, Isuzu Malaysia kini membuka pra-tempahan bermula hari ini di semua pengedar Isuzu…
BMW Motorrad Malaysia telah pun melancarkan BMW R 1250 RT serba baharu bagi pasaran tempatan. Generasi baharu R 1250 RT ini tampil dengan pelbagai inovasi terkini yang menjaminkan tunggangan lebih selesa di samping menawarkan pengalaman menunggang berbeza. Model baharu ini tampil dengan rekaan fairing depan yang serba baharu dengan perincian terarah kepada aspek aerodinamik di…
Sesi pemilihan bagi Kejohanan SIC MiniGP Musim Ke-2 telah pun berakhir pada hujung minggu lalu yang menyaksikan 25 bakat muda berusia 9 hingga 14 tahun telah dipilih. Kesemua calon akan mengikuti program akar umbi sukan permotoran dua roda dalam usaha melahirkan bakat muda baharu negara dalam sukan permotoran. Seramai 63 peserta telah sertai sesi pemilihan…
Aprilia RS660 telah pun dirasmikan di Malaysia oleh pengedar rasmi jenama Aprilia di Malaysia, Didi Resources Sdn Bhd. Tampil dengan enjin parallel-twin 660cc generasi baharu yang berkemampuan menjana 100hp disamping menggabungkan rekaan sofistikated dan teknologi terkini, RS660 menandakan kebangkitan semula motosikal segmen pertengahan. Enjin Aprilia RS660 digerakkan dengan enjin dua silinder selari 660cc serba baharu…
Kerajaan membuat keputusan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membabitkan Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Kelantan hingga 14 April ini. Perkara itu diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Menurutnya, meskipun angka penularan Covid-19 menampakan penurunan namun mengambil faktor kes di beberapa negeri masih lagi turun naik maka kerajaan memutuskan…
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa kerajaan sedang meneliti kebenaran rentas negeri bagi sambutan Aidilfitri pada Mei. Muhyiddin turut memberi bayangan bahawa pihak kerajaan sedang mengkaji sama ada untuk membenarkan solat Aidilfitri termasuk takbir raya dan ziarah rumah ke rumah. “Dengan Aidilfitri semakin hampir, kami mungkin akan membenarkan solat Aidilfitri serta takbir raya…
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tidak mengenakan tindakan saman terhadap pemilik motosikal ekzos bising. Sebaliknya, pemilik akan diberi tindakan advokasi menerusi Notis 114 yang memerlukan pemilik motosikal untuk tampil memberi keterangan di sebarang cawangan JPJ terdekat bagi membantu siasatan. Wee mendedahkan bahawa keputusan itu dicapai…