Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi berkongsi detik menggerunkan yang pernah menimpa dirinya tahun lalu. Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Hulu Selangor dari Seri Kembangan, Muhammad Firdaus Mukhtar, 30, berkata motosikal jenis Yamaha MT-09 yang ditunggangnya pada waktu itu telah terjunam ke dalam lubang di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Menurut Firdaus, ketika itu…
Category: BERITA TEMPATAN
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Isuzu D-Max X-Terrain telah memperkenalkan pelbagai penambahan dalam senarai cirinya, dari yang kecil hingga ke yang signifikan. “Isuzu D-Max generasi baru kekal menjadi kebanggaan kami. Model ini telah menghubungkan jurang antara fungsi sebenar trak pikap dengan kehendak pelanggan. “Model utama Isuzu ini ingin memastikan pelanggan menikmati sejumlah ciri yang benar-benar hebat yang akan menjadikan pemanduan…
Tindakan seorang pemilik kereta jenis Perodua Kelisa mengubah suai rupa dan identiti kepada sebuah Daihatsu undang padah apabila disaman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu operasi di Jalan Sultan Idris Shah pada Rabu. JPJ turut mengeluarkan notis arah periksa kenderaan kepada pemilik kereta tersebut untuk tindakan lanjut. Sementara itu, JPJ turut menyita sebuah kereta Perodua…
Selepas mengemas kini Yamaha MT-15 dengan tiga warna baharu bagi tahun 2022, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut memperkenalkan dua warna baharu bagi motosikal naked, MT-09. Bagi tahun 2022, MT-09 kini tampil dengan dua pilihan warna baharu, Tech Black dan Cyan Storm, menggantikan warna Icon Blue dan Storm Fluo yang diperkenalkan tahun lalu. Bagaimanapun, tiada…
Perdana Menteri, Datuk Srei Ismail Sabri Yaakob mengumumkan tambang percuma bagi semua pengangkutan awam dibawah seliaan Rapid KL selama sebulan bermula hari ini 16 Jun 2022. Pengumuman mengejut itu sempena pelancaran Fasa Pertama MRT Laluan Putrajaya yang akan dibuka kepada umum 3 petang ini. Ini sekaligus menyaksikan orang ramai boleh menikmati pengangkutan awam milik Rapid…
Baru-baru ini kami telah dijemput menghadiri sesi lawatan ke kilang MODENAS terletak di Gurun, Kedah. Sesi lawatan bersama rakan media lain itu bertujuan menyaksikan pemasangan beberapa model CKD Kawasaki yang akan dipasarkan di Malaysia. Sewaktu lawatan tersebut, pihak MODENAS juga memberi penerangan mengenai model yang akan dipasarkan di Malaysia babitkan model CKD dan CBU. Seperti…
Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan menyampaikan berita gembira buat peminat motosikal di Malaysia apabila mengesahkan bahawa model ditunggu-tunggu, Kawasaki ZX-25R disahkan akan masuk pasaran negara tahun depan. Meskipun belum ditentukan sama ada model unik tersebut akan dipasarkan sebagai CKD mahupun CBU namun sedikit sebanyak berita pengesahan kemasukan model itu sudah cukup menceriakan orang ramai….
Kumpulan media tempatan telah dijemput bagi menghadiri sesi lawatan ke kilang MODENAS di Gurun, Kedah pada Selasa bagi menyaksikan sendiri proses pemasangan model Kawasaki 250cc. Dua model tersebut merupakan Ninja 250 ABS, Ninja 250 dan Z250 ABS. Ketiga-tiga model ini akan dijenamakan semula sebagai MODENAS dan akan mula diserahkan kepada pengedar sekitar hujung bulan Julai…
Umum sedia maklum bahawa MODENAS telah pun dilantik selaku pengedar rasmi jenama motosikal Kawasaki di Malaysia. Ini bermakna terdapat beberapa model CBU (complete built unit) Kawasaki yang akan dipasarkan di Malaysia menerusi MODENAS. Ketika pertemuan dengan wakil MODENAS di Gurun, Kedah, pada Selasa, Ketua Pegawai Pemasaran MODENAS, Yusaku Kashiwagi mengesahkan model CBU yang akan dibawa…