Cadangan Bina Pintasan Terowong Menora Dapat Lampu Hijau Dari Kabinet – Menteri

Pembinaan pintasan Terowong Menora dari Gopeng ke Kuala Kangsar akan mula digerakkan sebaik kajian kesan terhadap alam sekitar, trafik dan sosial selesai. Perkara itu disampaikan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof selepas mendedahkan bahawa cadangan pembinaan laluan alternatif sepanjang 64 kilometer itu telah pun dapat lampu hijau dari kabinet. “Kabinet telah bersetuju (secara prinsipal)…

Honda Malaysia Panggil Semula 1,525 Unit Kenderaan, City Hatchback Antara Terlibat

Honda Malaysia dalam satu kenyataan rasmi mengumumkan panggilan semula model City, City Hatchback, HR-V dan BR-V. Panggilan semula itu babitkan 1,527 unit kesemuanya dengan 1,068 libatkan model City (2021) dan City Hatchback (2022), manakala baki 343 unit lagi adalah HR-V (2020) dan 116 unit BR-V (2021). Menurut Honda Malaysia  panggilan semula ini adalah langkah berjaga-jaga…

RM3.4 Bilion Diperlukan Untuk Baiki Jalan Persekutuan Di Semenanjung – Menteri

Kementerian Kerja Raya memerlukan sekurang-kurangnya peruntukan sebanyak RM3.4 bilion untuk memperbaiki jalan Persekutuan di Semenanjung. Perkara itu dimaklumkan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof yang menjelaskan peruntukan besar tersebut babitkan belanja baik pulih kerosakan, penurapan semula termasuk pembinaan jalan baharu. Bagaimanapun, Fadillah akui terdapat banyak kekangan dihadapi pihak kerajaan ketika ini. “Kami sedar banyak…

Bawa Honda C70 Naik Bot, Redah 22 Kilometer Untuk Isi Minyak Percuma

Seorang penoreh getah sanggup menaiki bot selama 45 minit bersama-sama motosikal jenis Honda C70 sebelum menunggang lebih 20 kilometer untuk mengisi minyak percuma dalam program anjuran syarikat kosmetik di Taman Guchil Jaya, Kuala Krai, pada Sabtu. Che Ibrahim Che Wan, 53, membawa motosikalnya menaiki bot seawal 8 pagi untuk menjadi antara 1,000 peserta program isi…

TERKINI: Tiada Lagi Lanjutan, Pengecualian SST Kereta Tamat 30 Jun Ini

Pengecualian cukai SST bagi kenderaan penumpang akan tetap berakhir pada 30 Jun ini umum Kementerian Kewangan Malaysia. Bagaimanapun, susulan masalah kekurangan cip semikonduktor yang melanda dunia ketika ini, lebih 264,000 kenderaan yang ditempah sewaktu dalam tempoh pengecualian masih belum diserahkan kepada pelanggan. Untuk itu, kerajaan telah melanjutkan tempoh pendaftaran kenderaan yang ditempah ketika tempoh pengecualian…

Cadangan Lupus Kenderaan Lebih 10 Tahun Tak Sesuai – Menteri

Baru-baru ini, timbul kembali cadangan melupuskan kenderaan yang melebihi 10 tahun sebagai usaha mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas dalam negara. Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, usul tersebut memerlukan kajian terperinci di samping perlu mengambil kira kesediaan orang ramai. Baru-baru ini timbul laporan bahawa terdapat 33.3 juta kenderaan berdaftar dengan Jabatan…

Dapat Info Di Twitter, Geng Konvoi Motosikal Terima 307 Saman Di Tanjung Malim

Sebanyak 307 saman telah dikeluarkan kepada penunggang motosikal yang berkonvoi di Kilometer 116 Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur berhampiran Tanjung Malim, pada Ahad. Perkara itu disampaikan Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir yang menjelaskan bahawa kesemua saman dikeluarkan dalam satu sekatan jalan raya (SJR) yang dilakukan. Menurut Mohd Hasni, pihaknya telah menerima info…

Art Of Speed 2022 Kembali, Berlangsung 2 Hingga 3 Julai Ini Di MAEPS

Acara tempatan yang terkenal dengan budaya kustom, Art of Speed akan kembali untuk edisi ulang tahun ke-10 selepas dua tahun menyepi susulan pandemik Covid-19. Seperti AOS sebelum ini, edisi 2022 akan menyaksikan himpunan motosikal kustom, kenderaan radikal di samping pameran restorasi seni dan budaya kustom di Malaysia. Bagaimanapun, selaras dengan kejayaan menganjurkan AOS bagi tahun…