Status Kawasaki Z650RS Masih Dalam Perbincangan – MODENAS

Baru-baru ini kami telah dijemput menghadiri sesi lawatan ke kilang MODENAS terletak di Gurun, Kedah.

Sesi lawatan bersama rakan media lain itu bertujuan menyaksikan pemasangan beberapa model CKD Kawasaki yang akan dipasarkan di Malaysia.

*dari kiri; Ketua Pegawai Pemasaran MODENAS, Kashigawa Yusaku dan Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan.

Sewaktu lawatan tersebut, pihak MODENAS juga memberi penerangan mengenai model yang akan dipasarkan di Malaysia babitkan model CKD dan CBU.

Seperti yang didedahkan sebelum ini, MODENAS akan memasang dan menjenamakan model 250cc hingga 650cc untuk pasaran tempatan.

Model CKD sah akan dipasang di Gurun dan dijenamakan semula sebagai MODENAS adalah seperti berikut:

  • Ninja 250 dan Ninja 250 ABS *lancar 2022
  • Z250 ABS *lancar 2022
  • Vulcan S 650 *lancar 2022
  • Versys 650 **lancar 2023
  • Ninja 650 **lancar 2023
  • Z650 **lancar 2023

Sementara model yang akan dibawa masuk secara CBU adalah seperti berikut:

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai status Kawasaki Z650RS yang baru sahaja diperkenalkan hujung tahun lalu, Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan memaklumkan bahawa model itu masih lagi dalam perbincangan sama ada perlu di bawa masuk atau tidak.

Hal ini kerana sekiranya dibawa masuk, maka Z650RS akan tersenarai antara model CKD yang akan dipasang di Malaysia dan membawa lencana MODENAS.

Pada masa sama, kedua-dua pihak, MODENAS dan Kawasaki perlu menilai sama ada terdapat permintaan tinggi bagi model tersebut disini.

Kawasaki Z650RS merupakan model retro terbaru dalam portfolio Kawasaki yang dibangunkan dengan DNA sama dari Z900RS.

Seperti barisan model 650 lain, Z650RS juga dikuasakan enjin parallel-twin 649cc yang terdapat pada Z650 dan Ninja 650 namun telah ditala bagi menawarkan respon lebih baik pada rev rendah dan pertengahan. Bagaimanapun, enjin tersebut masih lagi menawarkan 67hp dan 65.7Nm.

Antara ciri lain ditawarkan:

  • fork depan 41mm
  • kaliper brek dua-piston berkembar di depan
  • cakera brek 300mm di depan
  • ABS dwi-saluran
  • klac assist & slipper
  • lampu LED penuh
  • paparan meter analog klasik
Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply