Kebelakangan ini terdapat khabar angin bahawa jenama MV Agusta akan kembali ke Malaysia menerusi pengedar baharu. Meskipun pada waktu itu siapakah pengedar dilantik masih kekal menjadi tanda tanya namun perkembangan terbaru beri bayangan bahawa AFY Mobility Industries Sdn Bhd (AMI) merupakan pihak yang bertanggungjawab membawa jenama itu semula ke Malaysia. Ini kerana baru-baru ini AMI…
Category: BERITA TEMPATAN
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
AFY Mobility Industries Sdn Bhd (AMI) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah memeterai kerjasama untuk membangunkan projek motosikal tempatan. Dikenali sebagai Projek AM-2, antara motosikal yang akan diperkenalkan terlebih dahulu babitkan kapasiti kecil. Menurut Pengerusi Eksekutif Kumpulan AMI, Ahmad Faez Yahaya, tahun pertama akan beri fokus pada motosikal jenis kapcai dan skuter. Menariknya, projek motosikal…
Sebanyak tujuh kereta dan tiga buah motosikal rosak ditimpa pokok di lapan lokasi sekitar ibu kota susulan angin kencang dan hujan lebat yang berlaku kira-kira 4 hingga 6 petang semalam. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata kejadian kereta rosak akibat pokok tumbang dilaporkan di hadapan sebuah kondominium di Bukit Kiara melibatkan dua buah…
Santai Anak Utara (SAU) mensasarkan kehadiran lebih 100,000 peserta dalam karnival yang bakal berlangsung pada bulan depan. Angka tersebut sekaligus akan mengatasi rekod SAU 5.0 pada 2017 apabila 80,000 peserta membanjiri Amanjaya Mall, Sungai Petani. Bagi memastikan terdapat ruang mencukupi untuk menampung ketibaan himpunan motosikal yang besar, SAU 2022 akan berlangsung di MAEPS, Serdang, pada…
Polis Pulau Pinang mengesahkan tiada aktiviti lumba haram membabitkan pelesit rempit terutama pada malam hujung minggu di kawasan panas yang dikenalpasti di seluruh negeri susulan pemantauan berterusan agensi terbabit. Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Fisol Salleh berkata, sejak tiga minggu lalu pihak polis mendapati peratusan aktiviti membabitkan lumba haram oleh kumpulan bermotosikal telah menurun dengan…
Sebuah kereta dengan cukai jalan tamat tempoh sejak tahun 1999 atau hampir 23 tahun lalu antara dua kenderaan yang disita dalam Ops Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang di Jalan Tanjung Lumpur di Kuantan. Pengarah JPJ Pahang, Kamarul Iskandar Nordin berkata, kesalahan itu dikesan hasil pemeriksaan ke atas 325 kenderaan dalam operasi selama tiga jam…
Seorang mekanik tercampak sejauh 20 meter apabila dirempuh sebuah trak pikap yang melanggar lampu isyarat merah di persimpangan lampu isyarat Padang Layang, Jalan Salor – Pasir Mas. Dalam kejadian kira-kira pukul 1.25 petang itu, mangsa, Mohamad Zulkifli Zakaria, 59, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada dada…
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor beri jaminan bahawa Litar Antarabangsa Sungai Petani akan mengenakan caj ‘marhaen’ sebaik siap sepenuhnya kelak. “Ini adalah titik mula pembinaan litar lumba rakyat. “Walaupun trek ini dinamakan sebagai litar antarabangsa, namun saya beri jaminan bahawa trek ini akan menawarkan harga rakyat marhaen untuk memenuhi kehendak dan…
Penganjuran program Himpunan RXZ Members 4.0 Tahun 2022 di Gong Badak Sabtu lalu berjaya menjana pendapatan jutaan ringgit kepada rakyat Terengganu. Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, beliau menerima laporan seramai 25,000 peserta yang berdaftar, namun jumlah keseluruhan yang hadir dianggarkan kira-kira 40,000 orang pemilik dan peminat motosikal Yamaha RXZ dari seluruh negara. Menurutnya, sepanjang…